Sehari Pernah Dapat RM3, Kisah Pak Cik Jual Cendol Dalam Keadaan Kaki Patah Runtun Hati Netizen 2

Sehari Pernah Dapat RM3, Kisah Pak Cik Jual Cendol Dalam Keadaan Kaki Patah Runtun Hati Netizen

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sehari pernah dapat RM3, kisah pak cik jual cendol ini runtun hati netizen.

Setiap orang ada kesusahan yang dihadapi. Sama ada kuat atau tidak menjalani ujian kiriman Tuhan menjadikan sesorang itu berbeza daripada yang lain.

Tak pernah mengalah,demi sesuap rezeki untuk menampung kehidupan, seorang warga emas berusia 67 tahun gigih menjual cendol dan rojak walaupun dalam keadaan berkaki patah.

Kisah yang dikongsikan seorang pengguna Twitter, Fatin Shabirah ini mendedahkan kesusahan yang dialami pak cik ini.

Sehari Pernah Dapat RM3, Kisah Pak Cik Jual Cendol Dalam Keadaan Kaki Patah Runtun Hati Netizen 1
Sumber: Fatin Shabirah

Sehari pernah dapat RM3 walaupun penat seharian berniaga, perkongsian Fatin Shabirah setakat ini sudah pun mendapat 12,000 ulang ciap dan 6,800 tanda suka.

Kisah kesusahan yang dialami beliau meruntun hati netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib beliau. Umur emas yang sepatutnya diisi dengan ilmu keagamaan dan istirehat terpaksa dikorbankan demi mencari rezeki.

Untuk bantu dan sokong perniagaan beliau bolehlah waze: Super Seven Lembah Maju.

Mereka yang berada di kawasan berdekatan, bolehlah ajak rakan-rakan dan keluarga makan cendol di warung pak cik ini.

Awal Ogos lalu, pakar ekonomi yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah di Malaysia Institute of Economic Research (MIER), Dr Muhammed Abdul Khalid berkata jurang pendapatan di antara golongan kaya dan miskin di Malaysia dikhuatiri menjadi semakin luas.

BACA: Jurang Pendapatan Golongan Kaya Dan Miskin Di Malaysia Semakin Besar Susulan Pandemik

Ini kerana impak ekonomi akibat COVID-19 banyak melibatkan golongan bawahan dan berpendapatan rendah yang merupakan kelompok paling terdedah kepada risiko ekonomi terutamanya mereka yang bekerja sendiri.

Sedangkan pada masa yang sama golongan kaya tidak terlalu terkesan dengannya kerana pasaran saham yang naik hampir 20% sejak April lalu hanya menguntungkan golongan kelas atasan yang membawa kepada pelebaran jurang pendapatan antara kedua golongan ini.