
Arkitek Lupa Bina Lif Di Bangunan ‘Wawasan Masa Depan’ 47 Tingkat
Arkitek lupa bina lif di bangunan ‘wawasan masa depan’ dengan ketinggian 47 tingkat.
Sebuah bangunan setinggi 200 meter, InTempo yang dibina di Benidorm, Eropah dianggap sebagai ‘wawasan masa depan’ dan menjadi simbol pemulihan Sepanyol daripada krisis kewangan pada tahun 2008.
BACA: Bangunan Setinggi 57 Tingkat Ini Dibina Hanya Dalam Masa 19 Hari
Turut dianggap sebagai menara apartmen paling tinggi di Benidorm dan kelima tinggi di Sepanyol, ada kisah di sebalik keterlupaan kontraktor membina lif di bangunan tersebut.

Pada awalnya, bangunan yang mula diperkenalkan secara umum pada Januari 2006 dan mula dibina pada 2007 direka dengan ketinggian sebanyak 20 tingkat sahaja. Namun di pertengahan jalan, pemaju secara tiba-tiba menggandakan bilangan tingkat kerana bercita-cita tinggi.
Beberapa bulan sebelum bangunan dapat disiapkan pada Mac 2014, barulah kontraktor menyedari kesilapan mereka tidak menambah lif yang sedia ada sehingga tingkat 20 sahaja. Untuk menambah lif, sudah tiada ruang. Malah lif yang dipasang sehingga tingkat 23 pula runtuh pada Julai 2011.
Pembinaan bangunan ini sepatutnya siap pada 2009 tertangguh kerana pada 2014, pemaju berhadapan dengan masalah muflis dan digantikan dengan SVP Global yang menjanjikan ianya siap menjelang pertengahan 2021.
Bangunan yang berbentuk seperti nombor 11 dan huruf M ini pernah dispekulasikan sebagai lokasi yang bakal berdepan dengan serangan pengganas pada 11 Mac 2004 di Madrid.

Berdepan dengan beberapa masalah lain seperti tidak menerima gaji, bekerja dalam keadaan yang tidak selamat, kejadian lif runtuh sehingga menyebabkan beberapa pekerja asing cedera, arkitek, Perez-Guerras dan Olcina & Raduan meletak jawatan mereka.
Sumber: Business Insider, Wikipedia
Trending now



