Jambatan Choluteca

‘Choluteca Bridge’, Kisah Jambatan Yang Dibina Gah Tapi Menjadi Sia-Sia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kini, seluruh dunia diuji dengan penularan pandemik COVID-19. Sejak itu, dilihat banyak pihak terkesan akibatnya dalam menempuhi kehidupan seharian.

Di Malaysia, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengubah sedikit sebanyak cara kehidupan kebanyakan rakyat.

Tidak mustahil jika ada segelintir yang bersikap negatif umpama tidak reda dengan takdir disebabkan kesukaran yang perlu dilaluinya ketika ini yang telah mengubah seluruh kehidupannya.

Perkara ini mengingatkan kepada sebuah kisah mengenai pembinaan jambatan di Sungai Choluteca.

Sebuah jambatan telah dibina untuk menyeberangi Sungai Choluteca yang terletak di Honduras, Amerika Tengah bermula tahun 1996.

Pada ketika itu, kerajaan mahu membina jambatan baharu yang lebih kukuh dan kuat untuk menghadapi segala bencana alam kerana kawasan tersebut sering dilanda taufan dan banjir.

Justeru, tanggungjawab pembinaan jambatan diserahkan kepada pakar dari Jepun dengan menggunakan teknologi terkini. Jambatan tersebut siap dibina pada tahun 1998, mula digunakan dan menjadi kebanggaan ketika itu.

Kuasa Allah,

Selepas beberapa bulan pada tahun yang sama, kawasan itu dilanda Taufan Mitch. Hujan mencurah-curah dengan lebatnya. Jumlah hujan dalam tempoh empat hari sama dengan jumlah hujan yang mereka terima dalam tempoh enam bulan.

Sungai Choluteca melimpah dan banjir besar mula melanda. Selepas kejadian, seramai 7,000 terkorban dan banyak infrastruktur rosak. Beberapa jambatan turut mengalami kerosakan kecuali Jambatan Choluteca itu.

Bagaimanapun, jalan untuk masuk dan keluar jambatan musnah dan keadaan selepas melihat langsung tiada kesan pernah ada jalan raya di situ.

Lebih mengejutkan, banjir besar itu turut mengubah laluan sungai. Ia tidak lagi mengalir di bawah jambatan, sebaiknya mengalir di sebelah jambatan!

Jambatan yang mampu menghadapi kedahsyatan bencana alam itu tidak lagi menyeberangi apa-apa sungai. Ia menjadi jambatan yang dibina tanpa tujuan (a bridge of nowhere).

Kisah jambatan Choluteca telah menjadi metafora di sebalik banyak pengajaran yang merangkumi hal perniagaan, teknologi dan kehidupan seharian kita.

Jambatan Choluteca

Pada titik ini, kita perlu muhasabah

1) Secanggih mana pun ciptaan manusia, tetap tidak dapat melawan takdir Yang Maha Kuasa. Allah SWT boleh ‘redesign’ segalanya dalam sekelip mata.

2) Jika kalian punya masalah sebesar gunung sekali pun, jangan pernah sekali berputus asa dari rahmat Allah SWT. Dia mendengar dan pasti menyusun sesuatu buat kita.

3) Jika hari ini kalian hebat dan berkuasa, boleh cipta itu ini, boleh cantas orang sana sini, boleh naikkan orang yang kalian mahu dan boleh jatuhkan sesiapa yang kalian benci. Tilik semula hatimu. Pasti ada sesuatu yang mengintai. Just remember, you are nobody.

4) Binalah jiwa yang kuat. Yang meletakkan sepenuh pergantungan pada Allah. Jiwa yang mampu menerima apa jua perubahan. Kita kini berada dalam dunia VUCA (tidak menentu, rumit, kabur). Perubahan berlaku dengan cepat dan pantas. Jika kalian lambat dan mahu sentiasa berada dalam kedudukan selesa, kalian pasti merana.

5) Berubah dari ‘build to last’ kepada ‘build to adapt’.

Apa yang berlaku kepada ‘bridge to nowhere’ ini? Pada tahun 2003, mereka telah menghubungkan semula jambatan ke jalan raya.

Sumber: Medium, Affiza Mohammad

BACA: 32 Tahun Selepas Tragedi Hitam Runtuhnya Jambatan Terminal Feri Sultan Abdul Halim