
Tak Henti Ucap Terima Kasih, Tonton Gelagat Comel Dua Beradik Bila Terima Hadiah Daripada ‘Angah’
Gelagat dua beradik tak henti ucap terima kasih apabila terima hadiah daripada abangnya cuit hati netizen.
Daripada kecil, ibu bapa mengajar kita untuk berterima kasih biarpun pemberian yang diterima itu kecil kerana ucapan tersebut merupakan satu ekspresi penghargaan yang boleh membawa rasa bahagia kepada si pemberi.
BACA: Aplikasi Temu Janji SugarBook, Cubaan Normalisasi ‘Pelacuran’ Gaya Moden?
Terbaharu, tular satu video yang memaparkan reaksi dua beradik yang tanpa henti mengucapkan terima kasih kepada abangnya selepas menerima hadiah berupa raket badminton.
Menghargai pemberian abang @nikafiq_ yang dipanggil ‘Angah’, kedua-duanya yang berusia sembilan dan 11 tahun itu jelas ikhlas kelihatan gembira.
https://twitter.com/nikafiq___/status/1296580032651915264?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1296580032651915264%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F%3Fp%3D235655
Keduanya mula minat bermain badminton sejak kecil selepas sering melihat Angah dan seorang lagi abangnya melakukan aktiviti sukan tersebut.
Melihat kepada reaksi adik-adik Nik Afiq yang gembira sampai tak henti ucap terima kasih, netizen turut sama berkongsi kegembiraan mereka melihatkan perkara tersebut.
https://twitter.com/afiq_ujang/status/1296517764559941632
Ni barulah hadiah yg betul👍 Belikan raket badminton untuk budak2. Macamni barulah make their life more healthy and meaningful in childhood life. Ni tak..before this asyik tgok yg lain belikan phone je kat bebudak. Its not suitable for them to have gadgets in childhood period.
— cancallmezack👦 (@zackyisone) August 20, 2020
https://twitter.com/nikafiq___/status/1296421775430033408
Di sebalik kegembiraan tersebut, ada perkara lain yang menarik perhatian netizen iaitu kedua-duanya rajin menutup semula pintu bilik Angah apabila keluar.
paling terharu part last tu, pandai tutup pintu balik🥺🤚🏻jarang jarang berlaku
— call me Syasya ૮꒰ ˶• ༝ •˶꒱ა (@syasyaainaa_) August 20, 2020
Susah nak cari adik beradik yang tahu tutup pintu bilik balik sebelum keluar 👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻 selalu yang jenis terus blah keluar tak pun dia biar pintu tu tutup sipi2 je 😂😂😂😂😂 pic.twitter.com/P2MV2cPz1E
— fain (@nrulfarain) August 20, 2020
rajin adik dia tutup pintu , aku sebagai anak bongsu ni pun tak reti tutup pintu bilik kakak😭🤘
— HudaRisma (@hdrsma) August 21, 2020
Untuk pengetahuan anda, ucapan ‘terima kasih’ sebenarnya merupakan adab yang perlu diajarkan kepada anak-anak sedari kecil. Ajaran ini boleh diajar dengan ibu bapa sendiri mula mengamalkannya.
Seorang kanak-kanak banyak mencontohi perbuatan ibu bapa dan seawal usia lima tahun mereka akan mula peka dengan perbuatan yang akan memberi kesan kepada orang sekeliling.
Dalam dunia yang semakin maju kini, adab merupakan salah satu perkara penting yang sering dilupakan. Bukan sekadar adab berterima kasih, tetapi juga adab-adab lain seperti adab berkomunikasi sama ada secara dalam talian mahu pun secara berdepan.
Trending now



