China Video Mukbang

China Dilihat Mula Menentang Video Mukbang Di Media Sosial Atas Sebab Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mukbang dilihat sebagai satu gaya siaran paling banyak dihasilkan ketika ini di media sosial terutama di saluran YouTube. Trend ini dibawa oleh rakyat Korea yang gemar makan dalam jumlah yang banyak di hadapan kamera sambil berinteraksi bersama penonton.

Trend ini menjadi ikutan banyak negara kerana seseorang individu boleh memperoleh pendapatan dengan hanya makan depan kamera sahaja.

Bagaimanapun, trend ini bakal dihentikan di China apabila Presiden Xi Jinping pada minggu lalu menggesa rakyatnya supaya tidak membazirkan makanan dengan melancarkan kempen Pinggan Bersih.

Menjadi perhatian kerajaan China, berikutan perang ekonomi dengan Amerika Syarikat serta banjir dikhuatiri akan mengakibatkan berlakunya kekurangan bekalan makanan. Kata Xi Jinping, COVID-19 telah ‘memberi amaran’ mengenai pembaziran makanan dan meminta rakyatnya perlu ‘ada kesedaran tentang krisis bekalan makanan’.

China Video Mukbang

Selepas kempen diumumkan, beberapa platform media mula memaparkan amaran supaya makan dengan sihat supaya mengurangkan pembaziran pada video mukbang di platform mereka.

Mereka yang mencari kata kunci seperti ‘eating show’ atau ‘eating livestream’ akan dipaparkan dengan notis amaran. Bukan itu sahaja, video mukbang juga mula ‘diturunkan’ oleh platform bagi mengurangkan tontonan dan ada juga laporan pengguna membuang sendiri video yang dimuat naik.

Lebih menarik lagi, selepas kempen itu diumumkan, beberapa pempengaruh media sosial mula menghasilkan kandungan video mukbang tanpa makanan.

China Video Mukbang

Kebiasannya, apabila sesuatu perkara berlaku di China seperti di atas akan dilihat sebagai pentanda awal pengharaman akan menyusul.

Sumber: BBC

BACA: Pemain E-Sukan, Blogger Kini Diiktiraf Sebagai Pekerjaan Di China