Kim Jong-un Paksa Rakyat Korea Utara Serah Anjing Peliharaan Bagi Atasi Masalah Kekurangan Bekalan Makanan 1

Kim Jong-un Paksa Rakyat Korea Utara Serah Anjing Peliharaan Bagi Atasi Masalah Kekurangan Makanan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pemimpin diktaktor Korea Utara, Kim Jong-un telah mengeluarkan arahan supaya rakyat negara tersebut memberikan anjing peliharaan mereka kepada restoran-restoran di negara tersebut bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan.

Langkah tersebut diambil bagi menenangkan rakyat negara tersebut di tengah kegawatan ekonomi yang sedang berlaku kini dan ianya termasuklah kekurangan bekalan makanan.

Untuk pengetahuan anda, di Korea Utara anjing hanya dipelihara oleh golongan bangsawan dan elit, manakala untuk rakyat biasa haiwan peliharaan mereka terdiri daripada ternakan lain seperti babi.

Julai lalu, Jong-un mengeluarkan larangan pemilikan haiwan peliharaan dengan alasan ianya merupakan trend yang sudah dicemarkan dengan ideologi borjuis.

Kim Jong-un Paksa Rakyat Korea Utara Serah Anjing Peliharaan Untuk Atasi Masalah Kekurangan Bekalan Makanan
Sumber: The Brussels Times

Oleh itu, pihak berkuasa telah mengenal pasti isi rumah yang mempunyai anjing peliharaan dan memaksa mereka untuk menyerahkan haiwan tersebut. Hasil rampasan kemudiannya diberikan sama ada kepada restoran atau pun zoo.

Terkenal dengan pemerintahan secara diktaktor, April lalu, Jong-un berdepan dengan kontroversi sudah meninggal dunia susulan daripada lama tidak muncul di khalayak ramai selepas berita beliau menjalani pembedahan kardiovaskular hangat diperkatakan di media sosial.

Beberapa teori muncul termasuklah siapa yang bakal menjadi pengganti kepada jawatan Pemimpin Agung Korea Utara yang dipegang beliau.

Pernahkah anda terfikir bagaimana kehidupan bergelar isteri Jong-un?

Ketahui mengenainya di artikel ini: Sisi Gelap Yang Perlu Ri Sol-ju Lalui Sebagai Isteri Kim Jong-un

Sumber: New York Post