Parodi Drama ‘7 Hari Mencintaiku 2’ Bikin Dekah, Dapat Perhatian Tok Ti 4

Parodi Drama ‘7 Hari Mencintaiku 2’ Bikin Dekah, Dapat Perhatian Tok Ti

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Biarpun sudah tamat Isnin lalu, masih ramai yang tidak boleh move on dengan drama 7 Hari Mencintaiku 2. Drama yang menggandingkan Siti Saleha dan Syukri Yahya tetap terus trending di laman media sosial.

Biarpun babak yang ditayangkan sebenarnya merupakan babak sedih, namun apabila dicampurkan kreativiti netizen ianya menjadi babak parodi yang bikin dekah.

Parodi Drama ‘7 Hari Mencintaiku 2’ Bikin Dekah, Dapat Perhatian Tok Ti 5

Antara yang popular ialah daripada episod 33 yang mana memaparkan babak majlis akad nikah antara Khuzairi dan Nurul Ain.

https://twitter.com/IniAlannn/status/1295030146831749123?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1295030146831749123%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Fhimpunanceritalawak.com%2F2020%2F08%2F18%2Fpatut-dress-kuning-saya-hilang-respon-tokti-untuk-parodi-7-hari-mencintaiku%2F

Tanpa sangka, babak penuh debaran yang diparodikan ini telah diplot twist apabila secara tiba-tiba memaparkan seorang individu ‘masuk’ untuk menyanyikan lagu OST drama tersebut, Aku Bidadari Syurgamu nyanyian Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Tampil dengan dress labuh warna kuning, video parodi ini kemudiannya mendapat perhatian daripada Tok Tik yang nyata terhibur melihat gelagat netizen.

Video parodi tersebut dikongsi sebagai respon kepada permintaan Tok Ti untuk berkongsi siapa yang melakukan cover lagu beliau.

Kemunculan ‘Tok Ti’ bermisai.

https://twitter.com/IniAlannn/status/1295030146831749123

Sebelum ini seorang kanak-kanak menjadi tular selepas video beliau menasihati ayahnya supaya tidak berperangai seperti watak di dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2. Gaya beliau yang cerdik memberi nasihat ala Mak Leha itu telah mengundang rasa geli hati netizen.