Video Ayah Masak Ketum

Video ‘Ayah Saya Masak Ketum’ Bukan Guru Yang Tularkan, Ini Penjelasan Sebenar

Video ‘Ayah Saya Masak Ketum’ Bukan Guru Yang Tularkan, Ini Penjelasan Sebenar

Tular di media sosial video seorang murid menjawab soalan gurunya yang bagi sesetengah orang mungkin menghiburkan hati. Tetapi tidak sebenarnya kerana ia boleh mendatangkan pelbagai kesan yang tidak baik terhadap murid berkenaan.

Berdasarkan video berdurasi 14 saat itu, guru bertanyakan siapa yang bapanya memasak di rumah, lalu seorang murid mengangkat tangan menjawab bapanya memasak air ketum sebelum diketawakan oleh rakan sekelas.

Tidak diketahui bilakah video ini dirakam tetapi di media sosial, ramai netizen meluahkan rasa kurang senang dengan video tersebut kerana ia boleh menjejaskan maruah murid berkenaan.

Rakaman video tersebut turut mendapat perhatian Penceramah Pelajar dan pencipta kandungan YouTube, Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang pada awalnya sedih dengan tindakan guru berkenaan yang dianggap tidak beretika.

Bagaimanapun, respon Akhir Fairuz berkenaan video tular itu telah dipadam setelah mengetahui penjelasan sebenar oleh guru terbabit.

Katanya, guru berkenaan memaklumkan video itu dirakam bertujuan untuk dihantar hanya kepada ibu pelajar terbabit dan tidak disebarkan kepada orang lain mahupun di media sosial.

Tujuan guru itu berbuat demikian kerana mahu membantu pelajar berkenaan yang mana mengharapkan pihak ibunya tidak berselindung hal itu daripada anaknya.

Namun begitu, video tersebut telah tersebar di media sosial dan hanya ibu kepada pelajar berkenaan yang tahu jawapannya.

Video Ayah Masak Ketum

Mengulas lanjut, bagi mengelakkan isu ini berlaku lagi, Akhi Fairuz memberi beberapa cadangan.

Video Ayah Masak Ketum
Sumber: FB

Tambah Akhi Fairuz, guru berkenaan akan membuat laporan polis. Beliau memohon agar mendoakan yang baik-baik untuk guru, pelajar dan ibu bapa berkenaan.

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi