Kandungan Video ‘Kakak Kondom’ Dikecam Kerana Mengelirukan 1

Kandungan Video ‘Kakak Kondom’ Dikecam Kerana Mengelirukan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Semalam tular di laman media sosial berkenaan dengan siri video ‘kakak kondom’ yang bertujuan untuk mendidik dan memberikan kesedaran tentang kesihatan seksual dan reproduktif tetapi mempunyai kandungan yang didakwa tidak sesuai dengan norma masyarakat Malaysia.

BACA: Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Kanak-Kanak Mengadu Diganggu Secara Seksual?

Video terbitan Yayasan Aids Malaysia (MAC) dengan kerjasama One Concom MY itu mendapat kritikan kerana berpotensi menormalkan perbuatan melakukan hubungan seks sebelum ikatan perkahwinan dimeterai.

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, sebagai seorang doktor beliau sentiasa kritikal mengenai kaedah pengajaran pendidikan seks selamat sedangkan video tersebut berpotensi melakukan sebaliknya.

Dalam video tersebut, ‘kakak kondom’ mengatakan belia tertarik untuk menghadiri taklimatnya bermula 2017 adalah kerana beliau memberikan kondom secara percuma selepas tamat majlis.

Mungkin niat MAC adalah untuk mengajak atau mengajar anak muda atau kelompok belia mengenai seks selamat, namun ianya seakan mengelirukan.

Kandungan Video ‘Kakak Kondom’ Dikecam Kerana Mengelirukan

Menurut Dr Ahmad Sanusi, biarpun Pengerusi MAC seakan mencadangkan kempen ‘Kakak Kondom’ bagi mengurangkan kes mengandung luar nikah dan pembuangan bayi, idea mempromosikan seks selamat ini bagaimanapun tidak menjamin penyelesaian kepada isu tersebut.

Tambah beliau lagi, jika MAC menyasarkan kumpulan tertentu, mengapa program ini dilakukan secara terbuka di universiti dengan pemberian kondom secara percuma kepada pelajar yang mana ianya boleh memberikan mesej yang salah? Sedangkan pada hakikatnya punca kepada semua permasalahan ini ialah perbuatan seks sebelum ikatan perkahwinan diikat.

Salah seorang lagi pegawai perubatan, Nadia Najib turut mengecam siri bicara ‘kakak kondom’ ini. Menurut Nadia, siri tersebut diragui kebolehpercayaan maklumatnya kerana para pengacaranya tidak mempunyai latar belakang perubatan.

Malah beberapa objek yang digunakan bagi sesi ujian juga seakan tidak jelas, antaranya memasukkan buah limau ke dalam kondom dan menggunakan kadbod sebagai simbolik kepada dinding vagina.

Nadia berpendapat, siri ini seakan menggunakan tema yang menarik untuk remaja membicarakan mengenai seks dalam gaya bebas. Bukan itu sahaja, dalam siri tersebut, ‘kakak kondom’ juga bercakap mengenai hubungan seksual secara terperinci yang mana sebenarnya lebih menarik belia untuk terjebak dalam aktiviti ini.

Tonton video penuh di bawah: