
Bau Macam Kentut, Uranus Planet Paling Busuk Dalam Sistem Suria
Tahukah anda, dalam sistem suria, planet Uranus merupakan planet paling busuk jika dibandingkan dengan planet-planet lain kerana mempunyai bau macam kentut?
BACA: Pluto Kini Tidak Lagi Berstatus Planet
Merupakan planet ketiga terbesar dari segi jejarinya dan keempat terbesar dari sehi jisimnya di sistem suria, nama planet ini diambil bersempena dengan nama dewa langit Yunani purba, Ouranos, bapa kepada Cronus (Saturnus) dan datuk kepada Zeus (Jupiter).
Pada tahun 2018, penyelidik University of Oxford mendapati Uranus merupakan rumah kepada awan yang berbau seperti kentut (fart-smelling clouds). Penemuan awan hidrogen sulfida yang telah merebak ke bahagian atas atmosfera Uranus itu dikenal pasti melalui teleskop Gemini North yang terletak di Hawaii.

Penemuan gas beracun yang berbau seperti telur busuk atau kentut itu kemudiannya diterbitkan ke dalam jurnal Nature Astronomy. Penulis utama kajian tersebut, Patrick Irwin memberitahu sekiranya ada manusia yang turun melalui awam Uranus, mereka memang bernasib malang kerana berhadapan dengan keadan yang tidak menyenangkan dan menyakitkan.
Planet ketujuh dari matahari itu diliputi gas hidrogen sulfida (H2S), sejenis gas tanpa warna yang mudah terbakar. Jika di bumi, gas ini boleh dijumpai pada petroleum mentah, gas gunung berapi dan mata air panas.
Saintis bagaimana pun masih lagi tidak menemui bagaimana gas tersebut boleh terdapat di planet Uranus kerana kedudukannya yang jauh dan keadaannya yang tidak sesuai untuk kapal angkasa mendarat.
Tanpa sedar, planet Uranus yang sering diejek sebagai your anus kerana mempunyai sebutan yang sama ini memang kena dengan namanya; bau macam kentut.
Sumber: USA Today
Trending now



