Aksi Sepak Bola Sampai Masuk Dalam Lori, Netizen Puji Tiada Carutan Daripada Mulut Pemuda Ini 2

Tersepak Bola Sampai Masuk Belakang Lori, Netizen Puji Tiada Carutan Yang Keluar Daripada Mulut Pemuda Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tersepak bola sampai masuk belakang lori, netizen puji tiada perkataan mencarut yang keluar daripada mulut lelaki ini.

Semalam tular di laman media sosial Twitter mengenai aksi sepak bola yang tersasar sehingga termasuk ke dalam sebuah lori yang secara kebetulan melalui jalan raya yang berada di sebelah padang.

BACA: Selain Ronaldinho, Ini Antara Bintang Lagenda Bola Sepak Yang Diisytihar Muflis

Dalam video tersebut, salah seorang daripada rakan perakam telah membuat tendangan, namun bola tersebut tersasar dan memasuki bahagian belakang sebuah lori yang laju melalui jalan raya.

Aksi Sepak Bola Sampai Masuk Dalam Lori, Netizen Puji Tiada Carutan Daripada Mulut Pemuda Ini 2

Aksi Sepak Bola Sampai Masuk Dalam Lori, Netizen Puji Tiada Carutan Daripada Mulut Pemuda Ini 1

Kejadian yang tidak disedari pemandu lori yang laju meneruskan perjalanan itu menyebabkan beberapa rakan-rakannya hanya mampu menepuk dahi dan tergolek pasrah.

Video yang dimuat naik pengguna Twitter, @AbangNgahCrew itu bagaimanapun tidak hanya menjadi tular kerana kejadian tersepak bola sampai masuk belakang lori tersebut.

Yang menarik perhatian netizen ialah tiada perkataan-perkataan negatif yang keluar daripada mulut mereka sebaliknya hanya menyebut kalimah ‘Allah’.

Dianggap sebagai sesuatu yang agak rare pada masa sekarang, ramai yang memuji sikap mereka yang menjaga tutur kata biarpun berlaku sesuatu di luar jangkaan.

https://twitter.com/mysteriousyou_/status/1294604374111477762

Yang terkini, bola tersebut berjaya pulang semula ke pangkuan tuannya selepas cubaan membuat hantaran di group FB Anak Ganu berjaya menemui pemandu lori tersebut.

Tahniah anak muda!