
Penangan ‘7 Hari Mencintaiku 2’, Keletah Comel Kanak-Kanak Ini Undang Ketawa Netizen
Drama 7 Hari Mencintaiku 2 berjaya mencetuskan fenomena luar biasa di Malaysia. Biarpun sudah empat tahun siri pertama sudah tamat dan disambung dengan yang kedua ini, penonton masih lagi hype dengan drama ini.
Tidak hanya golongan dewasa, drama dengan tema kekeluargaan ini turut memberi impak kepada golongan kanak-kanak yang menonton.
Baru-baru ini, tular di laman media sosial berkenaan dengan seorang kanak-kanak yang menasihati bapanya supaya tidak bersikap seperti watak yang ada dalam drama tersebut.
https://www.instagram.com/p/CDyGliTnpH6/?igshid=kt2hsv00ecda
Rakaman pendek itu mencetuskan rasa geli hati dalam kalangan netizen kerana lenggok tubuhnya seakan meniru watak Mak Leha yang kuat membawang.
Nampak cerdik betul beliau menasihati bapanya agar menjaga anak-anak dan isterinya dengan baik. Bapa-bapa lain pun, dengar nasihat dia tau.
Trending now



