Tindakan Panggil Rakan Sekerja ‘Sayang’ Boleh Jadi Punca Anda Dipecat 1

Kerap Panggil Pekerja ‘Sayang’ Jadi Punca Bos Durjana Ini Dipecat

Tahukah anda, tindakan panggil rakan sekerja anda dengan panggilan ‘Sayang’ boleh menyebabkan anda dipecat?

Menurut seorang peguam, Liyana menerusi satu perkongsian di hantaran Facebooknya, Mahkamah Industri L M v.Murphy Sarawak Oil Co Ltd [2020] 2 ILR seorang majikan telah dipecat kerana didapati bersalah di atas tuduhan melakukan gangguan seksual ke atas setiausahanya.

Majikan tersebut didapati bersalah di atas tuduhan memanggil setiausahanya ‘Sayang’ secara berkali-kali bukan sahaja dalam komunikasi menerusi platform sosial, WhatsApp tetapi juga kita dalam urusan rasmi (mesyuarat) bersama kakitangan lain.

Tindakan Panggil Rakan Sekerja ‘Sayang’ Boleh Jadi Punca Anda Dipecat
Sumber: Bright HR

Namun majikan tersebut cuba berdalih memberi alasan bahawa panggilan ‘Sayang’ tersebut dibenarkan oleh setiausahanya (mangsa) dan menganggap mangsa seperti anaknya sendiri.

Namun lain yang berlaku sepanjang prosiding mahkamah berlangsung. Mangsa tidak suka dengan panggilan tersebut dan merasa malu sehinggakan rakan sekerjanya yang lain ramai mengusik mangsa sebagai ‘Sayang Boss’.

Bukan itu sahaja, majikan tersebut turut didapati melakukan beberapa tindakan lain yang menyebabkan mangsa tidak selesa, iaitu:

  1. Meminta agar mangsa membeli baju untuk acara makan malam kerja kumpulan dengan mengatakan beliau mahu setiausahanya kelihatan paling cantik pada malam tersebut.
  2. Meminta mangsa bersalam tangan dan memegang lama tangan mangsa selain daripada memberi komen tangan mangsa kasar dan membelikan mangsa losyen tangan kerana inginkan kulit tangan mangsa mulus dan lembut.
  3. Tidak mahu dijemput pemandu dan meminta mangsa menjemput beliau sendiri yang mana ianya merupakan luar skop kerja mangsa.

Liyana turut menjelaskan, pada awalnya mangsa mahu meletak jawatan keran tertekan dengan tindakan majikannya namun hasil siasatan mendapati majikan tersebut memang bersalah berdasarkan kepada kesemua tuduhan berdasarkan saksi dan bukti-bukti yang kukuh.

BACA: Wanita Ini Dakwa Pernah Jadi Mangsa ‘Gangguan’ Ustaz Tular ‘Travel’ Tidur Tepi Jalan

Liyana menegaskan sekiranya para wanita merupakan mangsa kepada gangguan ini, bolehlah melaporkannya pada jabatan pengurusan sumber manusia berserta bukti-bukti kukuh yang boleh membawa kepada tindakan undang-undang diambil.

Beberapa contoh lain yang boleh dikaitkan dengan gangguan seksual adalah memberikan perhatian yang melebih-lebih seperti meminta mengambil beliau di lapangan terbang, memberi hadiah seperti minyak wangi dan bunga pada hari Valentines serta menyentuh tanpa mendapat kebenaran.