
Pakai Atau Tidak, Tetap Kena Bayar Zakat Emas Dan Ini Cara Kiraannya
Pakai atau tidak, tetap kena bayar zakatSejak daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, emas dilihat semakin menjadi kegilaan ramai orang tak kira wanita mahu pun lelaki.
Tahukah anda, pakai atau tidak, emas tetap perlu dibayar. Namun ada cara kirannya. Jom baca perkongsian daripada Faisal Rahim ini.
Berat emas yang akan dikenakan zakat
Jika EMAS yang korang pakai MELEBIHI berat ini, baru dikenakan zakat.
Selangor,KL = 800 gram
Johor,Ganu = 850 gram
Perak,Pahang = 500 gram
N9 = 200 gram
Melaka = 180 gram
Kedah = 170 gram
Penang = 165 gram
Sabah = 152 gram
Sarawak = 90 gram
Perlis = 85 gram
Kelantan = Tiada Uruf— Faisal Rahim (@acaiijawe) August 11, 2020
Jika dalam masa setahun emas tidak dipakai dan beratnya melebihi 85g, zakat 2.5% akan dikenakan. Dan disebabkan itulah emas perhiasan perlu dipakai setahun sekali.
Senario cara kiraan emas
Senario 2
Emas dipakai (gelang, rantai, cincin dll) = 900 gram
Kiraan Zakat Emas:⁰*Dikenakan zakat sebab > Uruf 800 gram
*Berat lepas tolak Uruf = 100 gram (900-800)100 gram * RM295 (harga emas semasa) * 2.5%
= RM738— Faisal Rahim (@acaiijawe) August 11, 2020
Info tambahan:
Di Selangor, Zakat Emas digabungkan dengan Zakat Simpanan & Zakat Saham. Jika TOTAL MELEBIHI NISAB baru kena 2.5% zakat.
Nisab 2020 : RM18,510
Contoh :
Zakat Emas : RM5,000⁰Zakat Simpanan : RM10,000
Jumlah : RM15,000Tak kena zakat sebab kurang dari Nisab.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) August 11, 2020
Takeaway points
1. Emas perhiasan, jongkong, pajak semua kena zakat (syarat).
2. Kalau cuma ada emas je. Kira guna kiraan basic.
3. Kalau ada harta lain (simpanan,saham), ia perlu dimasukkan dlm kiraan harta keseluruhan. Bukan kira asing-asing. Itu adalah kekayaan semasa kita.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) August 11, 2020
Tak salah gila membeli emas, namun kena ingat dalam Al-Quran sudah jelas diterangkan mengenai amaran jika tidak membayar zakat.
4. Ingat. Amaran tidak bayar zakat emas dalam Al-Quran sangat keras dan jelas. Emas tu akan dipanaskan (cair) dan diselar ke tubuh badan yang tak bayar zakat (maksud Surah Taubah : 34-35)
5. Masa nak buat investment emas, jangan lupa kira zakat setiap tahun.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) August 11, 2020
Akhir Disember lalu, syarikat barangan kemas, Poh Kong Holdings Bhd menjangkakan harga emas berada dalam aliran meningkat tahun depan untuk mencecah antara AS$1,600 hingga AS$1,700 seauns berbanding AS$1,500 seauns secara purata tahun ini.

Jangkaan ini nyata tepat apabila sepanjang wabak COVID-19 melanda, harga emas mencatatkan paras tertinggi sehingga menghampiri nilai RM280 per gram.
BACA: Harga Emas Dijangka Naik Tahun 2020
Menurut Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan, Datuk Choon Yee Seiong pada ketika itu, Ketidaktentuan yang berlaku pada masa ini membuatkan emas dilihat sebagai aset selamat menjadikan harga lebih tinggi.
Pihaknya menyasar permintaan terhadap produk berkaitan emas akan kekal berdaya tahan, memandangkan ketidaktentuan global akan mendorong pengguna mengubah portfolio pelaburan mereka daripada ekuiti kepada emas.
Trending now



