Isu Perjudian Dan Perniagaan Haram Di Sungai Buloh, Siapa Yang Salah

Isu Judi Dan Perniagaan Haram Di Sungai Buloh, Siapa Yang Salah?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Isu judi dan perniagaan haram di Sungai Buloh, siapa yang salah?

Hujung minggu lalu, tular satu video live di laman media sosial Facebook daripada seorang lelaki yang mendakwa terdapatnya premis perjudian dan aktiviti haram di sekitar kawasan perindustrian Sungai Buloh.

https://www.facebook.com/hotburgermalaysia/videos/3184594354963046/?__xts__%5B0%5D=68.ARDIdfNZBx0OTMD7NhWCdSBbIuoGohj3RLXobdCIeTpxsNnn4Gez_bGqMlLNaiWMlfc0XFkLrp0BKgmYZTHX3iwCzNqWCbc15K5hhvN2wk38ByNfJU4A8bIUWZrbud_KlJt5yS5wnx1gl6sE0_2_6Srl8CZbeabk5rSe67KWHyyxnnYJ5L7wVVu8GWvL1S7q6hGG65PFHB4sqF3D8mblDKlxBCejW-U_nUBXgXq4YIJ6DhHxhCEimT5EIPUjBOMQBl9OD49fFYENXru-Q3hzz0fUdT4ArNgJn4gZSHA3vg7rwvBgWo318r4d6Lvg6mgir0vdTGJN1KHUW_6MnCcMqXFtvHg4JT7brwtBbQ&__tn__=-R

BACA: Netizen Dedah Wanita Mengamuk Kereta Ditarik MBSA Alami Masalah Tekanan

Dalam video tersebut, lelaki yang juga pengasas kepada Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid turut mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan kepada kelompok ini.

Isu Perjudian Dan Perniagaan Haram Di Sungai Buloh, Siapa Yang Salah 2
Sumber: Suara Merdeka

Video live tersebut dimuat naik di laman Facebook Page Hot Burger Malaysia selepas beliau tidak berpuas hati beberapa gerai yang menjual burger pada waktu malam disita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sedangkan beberapa kedai haram milik warga asing dan perjudian dibiarkan beroperasi tanpa tindakan.

https://www.facebook.com/shahalamcitycouncil/posts/3150959341640345

Aduan dan laporan pernah dibuat sehingga ke Bukit Aman, namun tindakan susulan yang diambil sangat mengecewakan.

Menegaskan dakwaan beliau sebagai berasas, Mohd Asri memberitahu beliau mempunyai bukti semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kedai-kedai tersebut beroperasi sehingga jam dua ke tiga pagi.

Namun selepas melakukan aduan bersama bukti di bahagian perjudian di Bukit Aman, kedai ini hanya ditutup dua hari sebelum di buka semula.

https://www.facebook.com/hotburgermalaysia/posts/1951192578349429?__xts__%5B0%5D=68.ARCATaiK0rJvADS63tbKhmfHuRCGn0Sp66vtB7Q0e6bB5WW9EJedQHMK5spYc19uU3U3ntcstk8JXocuo18nBxbkabRRAKyrfulM3UUyvHgZDsVsG4mVsAaEe58SwXCPz1WOW52M8_90gfhYFy63QDYXt_nGYOFDZjHoCJHkYBF4-wTV0CRk9ey8zXWG3cxmoOg7Wf09AohIbhG9I0YYsyk04ndY6CuUxmxjc3x7fvnuXvI8TnZb1syNLnSsMUoVLHL0iIMibS3oCW7uJeK_nAcutG3LtgWQbTqeSd1gwCf1v8oENuSXmr60pO6qXysFmfxiBkR79NnE_2ToP9auUCTHFw&__tn__=-R

Beliau kemudiannya melakukan aduan di bahagian integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun selepas itu beliau diugut secara tidak langsung; pekerjanya dipanggil seorang tauke judi yang mengetahui mengenai aduan yang dilakukan beliau dan kemudian tauke judi tersebut menambah dua buah lagi kedai judi yang mana salah satunya terletak betul-betul di sebelah kedai miliknya.

https://www.facebook.com/malakat.tribune/videos/2458834701073509/?__xts__%5B0%5D=68.ARDnjxEm5Ii3xYo9ofFFA3UCZSXMmIdJGsFQ4ndmJ-TMC9eqpc8xDuf1tinD3v-T14XmmMp0cLgiOlTd0Hq7ErTmaFUgwo5hLz-RdbwjLqz-X5yrqu3UN55YRXnQ-aUiH8vaBDEZ7WxmZff8WDuYLpfkxz6dIokCCoWLas5qXW8rFYqKoe3B_RafiFl5nT4k1fXy0ziMNfJmGKQXDDdV2VTLK1SpLzKWBNk902hh_7Pq-w3xn0Zr77fLZDnrGIjhIdXQrKrQAh2AgXbNx9LbO9mdZI0noH5OYRc1zJkb4poNZ0ZK6qIc1MqSIaAk2PilRigRh7H-OMVlfodqzc6i_TitiPhlGbTfuavXqO_zEUiNKxM0VcdqbJ9mcprzv_v1ZpFQwEV2G4_Pjeu1kwp2NmY18EkeKwUdExAJSXlPSrkGDZtb45VgBhFNb2pj7th-n5dQIn9uLYv5wKqZUqzpkeqsirB4HScI9bRznfMExm6gY9GEpc3kdHtY0CN4GvLgeA&__tn__=H-R

Memberi respon kepada isu berkenaan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memberi jaminan tindakan segera akan diambil bagi membanteras kegiatan tidak bermoral tersebut di kawasan Sungai Buloh termasuklah aktiviti perniagaan oleh warga asing.

Berterima kasih kepada Mohd Asri yang mendedahkan kegiatan tersebut, Abdul Hamid menegaskan sesiapa yang bersekongkol dalam kegiatan tersebut akan turut diambil tindakan.

Namun tidak sampai 24 jam selepas daripada kenyataan Abdul Hamid, satu laporan polis telah dibuat terhadap Mohd Asri atas dakwaan fitnah sehingga mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatuh reputasi PDRM.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata selepas daripada pendedahan Mohd Asri, satu pasukan polis daerah Sungai Buloh membuat enam serbuan di Bandar Baru Sungai Buloh.

Isu Perjudian Dan Perniagaan Haram Di Sungai Buloh, Siapa Yang Salah 1
Sumber: ISMAWeb

Dalam serbuan berkenaan polis berjaya menahan dua lelaki warga Bangladesh, merampas empat tablet dan wang tunai RM114. Manakala lima lagi serbuan di tempat berlainan mendapati premis berkenaan tidak beroperasi disimpulkan sebagai tohmahan oleh Shafa’aton.

Video serbuan disiarkan secara langsung melalui Facebook Bernama TV itu mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat.

https://www.facebook.com/BernamaTV/videos/722963918544841/?__xts__%5B0%5D=68.ARBvzcQsFq_RBxCWNCP0a_Q7rpZMynECNNzlqmrEMq4bdXvP4QV-B4vfQTgMHb8ePx5yAWVtLjLoCAapAxEOOa683ocT2rSpKbIXi0SfO2xyzrN_rAXysarhGjUAHQ6MiGel4jL8oGfUsAuNAOQ1rlxUf5fRH_Uis46M9OoK-QHh3B2RN1RZ8Uda7KpFIEj8233i30_918SctUcmXV-Sn7X3X9Li4zn0V7f3oBnGrs2zqXcoPadk5mZWc1f-53WudrhkAnrvBOqdf7Rgln8RUE9KqozgnsJfyH89NxkronLk2u6YpW_bW0Ky3zBmGlZwhRmB9Rv94xd8_RA&__tn__=-R

Antara reaksi masyarakat:

https://www.facebook.com/tengkudaeng.mawelle/posts/300821557801005

Isu Perjudian Dan Perniagaan Haram Di Sungai Buloh, Siapa Yang Salah

Susulan daripada pendedahan berani beliau, beberapa pihak telah tampil mendesak agar Mohd Asri dan keluarga diberikan perlindungan kerana jelas ianya mengundang kemarahan sindiket-sindiket judi apabila kerja jahat mereka dibongkar.