Lalat Nama Marvel

Saintis Daftarkan Lima Spesies Baharu Lalat Sempena Nama Watak Marvel

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Saintis Daftarkan Lima Spesies Baharu Lalat Sempena Nama Watak Marvel.

Sekumpulan saintis di sebuah agensi sains Australia iaitu Csiro memberikan nama kepada 165 spesies baharu tumbuhan dan serangga yang ditemui tahun ini.

Lima daripadanya adalah spesies lalat dan diberikan nama-nama daripada watak adiwira sehinggalah supervillain daripada filem Marvel.

Berikut adalah antara nama-nama yang diberikan kepada spesies lalat yang baharu ditemui:

1. Lalat Thor (Daptosletes bronteflavus)

Lalat Nama Marvel

Lalat Thor mempunyai bintik-bintik keemasan dan coklat muda di badan, antena dan wajahnya. Mengingatkan pada warna perang rambut Thor dan warna emas pada pakaiannya.

2. Lalat Loki (Daptosletes illusiolautus)

Lalat Nama Marvel

Nama saintifik lalat Loki bererti penipuan elegan. Loki, watak yang dilakonkan oleh Tom Hiddleston, memalsukan kematiannya sendiri. Dia juga mengkhianati watak lain dan pandai menggunakan ilusi visual.

3. Lalat Black Widow (Daptosletes femnategus)

Lalat Nama Marvel

Nama saintifiknya membawa maksud wanita yang mengenakan pakaian kulit. Ia merujuk kepada kostum Natasha Romanoff yang sentiasa mengenakan kostum kulit ketika bertempur.

4. Lalat Deadpool (Humorlethalis sergius)

Lalat Nama Marvel

Lalat ini kelihatan berwarna oren kemerahan dan hitam seakan warna kostum Deadpool. Lalat Deadpool adalah spesies lalat ‘perompak’ (robber fly), yang merupakan ‘pembunuh dunia serangga’.

5. Lalat Stan Lee (Daptolestes leei)

Lalat Nama Marvel

Nama diberikan sebagai penghormatan kepada penulis, pengarang dan penerbit bertaraf legenda yang bertanggungjawab menghidupkan komik Marvel Universe, Stan Lee.

Lalat ini memiliki tanda di wajahnya yang mengingatkan kepada kaca mata hitam khas Lee dan kumisnya.

Menurut BBC, penemuan-penemuan terbaru ini bukan sahaja nampak ‘gagah’ pada namanya, malah ada spesies yang ditemui berupaya merawat penyakit Alzheimer dan epilepsi.

Lagipun, hanya suku daripada serangga yang ditemui di Australia yang baru dikaji, bermaksud lebih banyak lagi penemuan-penemuan baharu yang akan diterokai pada masa akan datang.

Sumber: BBC

BACA: Penyelidik Temui Spesies Baharu Dikenali Lipas Laut Di Perairan Indonesia