
Kantoi Hisap Vape Dalam Dewan Rakyat, Hishammuddin Tampil Mohon Maaf
Hishammuddin kantoi hisap vape dalam Dewan Rakyat hari ini.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini terkantoi curi-curi hisap vape ketika persidangan Dewan Rakyat pagi tadi.

Klip berdurasi 0:09 menjadi tular di laman media sosial menunjukkan aksi Ahli Parlimen Semberong kantoi hisap vape sambil menggunakan topeng muka.
Adoiii buat hal betul laa ๐๐๐ pic.twitter.com/TA9B1HF23l
— Mhd Shamin (@shamienhereyo) August 6, 2020
Selepas daripada tular, Hishammuddin mengeluarkan permohonan maaf dan mengakui ianya dalah habit baharu beliau yang tidak beliau sedari.
Sorry, I didn't realise – it's a new habit. I apologise to the Dewan and promise to not do it again ๐ https://t.co/2BdUl6D9K2
— Hishammuddin Hussein ๐ฒ๐พ (@HishammuddinH2O) August 6, 2020
Bermula tahun 2019, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama kerajaan telah menetapkan 23 kawasan larangan merokok dan ini termasuklah di kawasan tempat kerja yang berhawa dingin dengan satu sistem hawa dingin berpusat selain daripada mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan dalam satu bangunan kecuali bangunan kediaman.
— Ramzdhan (@ramzdhanmasdar) August 6, 2020
Tindakan Hishammuddin rata-ratanya mendapat kritikan daripada netizen yang berpendapat beliau perlu dikenakan tindakan yang sewajarnya.
BACA:ย Pakar Kesihatan Akhirnya Temui Penyebab Kerosakan Paru-Paru Akibat Vape
Pada tahun 2018, seorang wakil rakyat yang identitinya tidak didedahkan telah dikompaun atas kesalahan merokok dalam Parlimen selepas kerajaan mengisytiharkan kawasan larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
Untuk pengetahuan anda, kes kematian melibatkan pengguna rokok elektronik yang mana kesemua mangsa mati akibat kerosakan paru-paru semakin meningkat.
Di Malaysia pada November 2019,ย Malaysia menerima kes pertama berkaitan kerosakan bahagian dalaman paru-paru yang disyaki akibat menghisap vape. Seorang remaja lelaki telah dimasukkan ke hospital di Labuan akibat kesukaran bernafa dan telah diberikan rawatan bagi mengubatinya di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Trending now



