
Pada Usia 95 Tahun, Dr Mahathir Buka Akaun TikTok
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah meraikan ulangtahun perkahwinan ke-64 mereka semalam.
Dr Mahathir menzahirkan rasa syukurnya dengan mencoret di laman sosial Twitter, mengatakan kebiasaanya beliau malu untuk mempamerkan perasaan kasih sayang di hadapan umum.
Namun, menurutnya adalah sesuatu yang bernilai untuk meraikan toleransi dan perasaan selepas 64 tahun berkahwin.
Tiga keping foto yang turut dimuat naik diambil ketika senja hampir menjelma. Dengan latar awam yang kemerah-merahan mendamaikan dan laut yang tenang, pasangan romantis yang telah mencecah usia hampir seabad itu kelihatan tersenyum gembira.
I am shy of showing public affection.
But we have been married 64 years.
I think it is worth celebrating our tolerance for each other and other feelings. pic.twitter.com/pbIbtPTbXI
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) August 5, 2020
Dalam pada tokoh negarawan ini memuat naik foto bersama kapsyen romantiknya, Dr Mahathir juga turut berkongsi sebuah video daripada aplikasi TikToknya!
Ya beliau telah membuka akaun TikTok rasmi dengan profil ‘Still Young’ (masih muda) walaupun usianya sudah pun menjangkau 95 tahun bulan lalu.
Akaun TikTok bernama chedetofficial itu kini telah mempunyai lebih 38,000 pengikut dengan satu video setakat ini. Video berkenaan adalah I’m Just A Kid Challenge bersama Tun Siti Hasmah.
Video tersebut menunjukkan mereka bergambar dan kemudian membandingkan imej yang dirakamkan semasa mereka muda.
64 and still going strong pic.twitter.com/k7QM0HwsBi
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) August 5, 2020
Dr Mahathir bagaimanapun bukanlah ahli politik pertama di Malaysia yang mempunyai aplikasi terkenal dalam kalangan pengguna muda. Ahli Parlimen Muar yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga mempunyai akaun tersebut dengan lebih 140,000 pengikut.
Penyertaan ahli politik kita dalam aplikasi yang boleh dikatakan sebagai sebuah hiburan ini amat bertentangan dengan ahli politik di Barat, misalnya Amerika Syarikat yang mana presidennya mengancam untuk mengharamkan aplikasi tersebut kerana isu keselamatan.
BACA: Isu TikTok: Rakyat China Anggap CEO Pengkhianat Selepas Didorong Jual Kepada AS
Sumber: The Star
Trending now



