Kedai Nasi Kandar Kluster Sivagangga Tak Rekod Maklumat Pelanggan 2

Kedai Nasi Kandar Kluster Sivagangga Tak Rekod Maklumat Pelanggan

Kluster nasi kandar Kedah atau Kluster Sivagangga merupakan sebuah kluster baharu di Malaysia yang berpunca daripada kes import yang menjadi kes indeks bagi kes ini.

BACA: Hameediyah Diiktiraf Dalam Malaysia Book Of Records Sebagai Restoran Nasi Kandar Tertua

Pemilik kedai nasi kandar ini pada 23 Julai lalu dikesan berada di premis perniagaannya dengan memakai gelang berwarna merah jambu.

Selepas pulang dari India pada 13 Julai lalu, beliau telah diarahkan untuk mengkuarantinkan diri namun melanggar arahan tersebut dengan alasan mahu memantau perniagaan nasi kandar yang dijalankan di Pekan Napoh, Jitra.

BACA: Mahu Pantau Perniagaan Alasan Pengusaha Nasi Kandar Baru Pulang Dari India Ingkar Arahan Kuarantin

Beliau kemudiannya ditahan dan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000. Beliau yang disahkan negatif untuk ujian saringan COVID-19 kali pertama dan perlu menjalani ujian kedua pada minggu seterusnya.

Hasil ujian kedua, beliau disahkan postif dan lima kontak rapatnya juga disahkan positif pada ketika itu; empat daripadanya merupakan pekerja bukan warganegara dan seorang adalah anak lelakinya.

Mahu Pantau Perniagaan Alasan Pengusaha Nasi Kandar Baru Pulang Dari India Keluar Rumah 1

Susulan daripada penahanan beliau, premis nasi kandar tersebut diarahkan untuk ditutup serta merta dan pelanggan yang hadir atau mempunyai hubung kait dengan restoran tersebut antara 13 hingga 24 Julai diarahkan untuk hadir ke pejabat Kementerian Kesihatan daerah untuk membuat saringan awal.

Setakat semalam (3 Ogos) pada jam 12 tengah hari, seramai 425 orang telah disaring dan daripada jumlah tersebut 21 dikesan positif, 362 negatif dan 42 masih menunggu keputusan.

Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu premis berkenaan juga didapati tidak merekodkan kehadiran serta suhu pelanggan yang datang.

Kedai Nasi Kandar Kluster Sivagangga Tak Rekod Maklumat Pelanggan 1
Sumber: BH

Pada hari semalam juga, satu kes dilaporkan dari kluster ini menjadikan beliau sebagai kes-9,000 yang mana pada awalnya disahkan negatif ketika menjalani ujian saringan Rapid Test KitAntibody pada 27 Julai.

Namun pada 31 Julai, beliau mula menunjukkan gejalan demam dan batuk namun tidak menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Klinik Kesihatan untuk rawatan segera.

Sehari kemudian selepas terlibat dalam aktiviti-aktiviti Hari Raya Aidil Adha, kes memaklumkan bahawa beliau merupakan kontak rapat kepada kes indeks dan hasil ujian RT-PCR beliau didapati positif.

Susulan itu juga, kerajaan negeri Kedah memutuskan untuk melaksanakan ‘Targetted Enhancement Movement Control Order’ (TEMCO) di empat mukim yang terjejas susulan daripada penambahan 1 kes aktif bagi kluster berkenaan.

https://www.facebook.com/odisimy/posts/1996015277198345?__tn__=-R

Mukim yang terlibat adalah mukim yang berada dalam kawasan pergerakan orang ramai pada radius 1km dari restoran tersebut iaitu Mukim Ah, Mukim Hosba, serta Mukim Binjal di daerah Kubang Pasu dan Kampung Ulu, Padang Sanai di Mukim Padang Terap.

Kluster ini telah mencetuskan panik di Kedah dan pihak KKM secara aktif sedang melaksanakan pengesanan kontak rapat membabitkan kluster ini.