Pelitup Muka Percuma Layan Diri

Hong Kong Sediakan Mesin Layan Diri Pelitup Muka Percuma Kepada Golongan Pendapatan Rendah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mesin Layan Diri Pelitup Muka Percuma Kepada Golongan Pendapatan Rendah

Ketika ini, banyak negara kembali mencatatkan kenaikan kes COVID-19 setelah berbulan-bulan menunjukkan penurunan kes.

Kenaikan kes ini telah memaksa beberapa negara mengadakan semula perintah berkurung serta mewajibkan peraturan pencegahan seperti memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal.

Memandangkan penggunaan pelitup muka menjadi kebiasaan baharu yang perlu diterapkan dalam kehidupan seharian, ia sedikit sebanyak agak membebankan golongan berpendapatan rendah kerana perlu melaburkan kewangan mereka yang ketika ini hanyalah sekadar cukup makan.

Jutawan Hong Kong bantu golongan berpendapatan rendah beri pelitup muka percuma

Prihatin dengan nasib golongan ini, seorang jutawan (billionaire) Hong Kong, Adrian Cheng melakukan inisiatif dengan melancarkan program Mask To Go untuk memberikan berjuta-juta pelitup muka percuma kepada keluarga berpendapatan rendah dan golongan kurang bernasib baik di sana.

Menerusi program tersebut, syarikatnya, New World Development akan menyediakan 10 juta pelitup muka di 35 mesi layan diri di 18 lokasi kepada penduduk Hong Kong.

Setiap isi rumah boleh mengambil lima pelitup muka setiap minggu dengan cara perlu mendaftar dalam talian untuk penebusan. Melalui kaedah ini, orang ramai tidak perlu bersesak untuk mengambil pelitup muka percuma dan boleh berlatih melakukan penjarakan fizikal.

Pelitup Muka Percuma Layan Diri

Bukan itu sahaja, kaedah ini juga lebih bersih dan selamat untuk mendapatkan pelitup muka terus ke tangan pengguna sendiri.

“Sekarang ini berlaku kekurangan stok. Oleh itu, daripada hanya menyumbangkan pelitup muka, sangat penting untuk menyelesaikan masalah jangka panjang,” kata Cheng.

“Jadi kami memutuskan untuk membuat pengeluaran kami sendiri iaitu mengeluarkan pelitup muka perubatan berkualiti tinggi.”

https://www.instagram.com/p/B-owWTmgZoT/?utm_source=ig_embed

Cheng berharap ia dapat menyediakan 7 juta topeng muka berkualiti tinggi setiap bulan.

Kata Cheng, program yang dijalankan ini bukan hanya sekadar sumbangan. Ia lebih merupakan usaha menderma mereka yang mendorong ke arah nilai ‘creating shared value’.

Menarik juga inisiatif begini diambil Malaysia. Buat masa ini, Kementerian Kesihatan sedang bercadang memberi pelitup muka secara percuma kepada golongan B40 berikutan kerajaan mewajibkan rakyat untuk memakai alat perlindungan berkenaan ketika berada di kawasan tumpuan.

Sumber: Interesting Engineering