Semuanya Akan Berakhir Dalam Siri Terakhir ‘Money Heist’ Tidak Lama Lagi

Semuanya Akan Berakhir Dalam ‘Money Heist’ Musim Ke-5

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Siri popular Netflix, Money Heist yang baru sahaja tamat musim ke-4 awal tahun ini kini bakal disambung ke siri terakhir, iaitu siri ke-5.

BACA: Sudah Sah Tarikh Tayangan, Tonton Trailer Teaser ‘Money Heist’ Musim Ke-4

Siri yang mendapat perhatian meluas selepas memperoleh hak untuk menstrimnya secara global yang mana dua musim awalnya ditayangkan di siaran Antenna 3, Sepanyol sebelum secara penuh di Netflix untuk musim ke-3 ini dikatakan sudah mencapai lebih 34 juta tontonan pelanggan di platform tersebut.

Turut dikenali sebagai La casa de papel (House of Paper)untuk siri ke-4 sahaja, 70% daripada 34 juta penonton hanya memerlukan tujuh hari bagi menghabiskan tontonan.

Money Heist Musim Ke-4

Siri terakhir dengan 10 episod dikatakan bakal kembali dalam masa terdekat dengan plot yang lebih menarik dengan penyertaan pelakon, Miguel Angel Silvestre (Sense8) dan Patrick Criado.

Disebabkan wabak pandemik yang melanda, siri ini dikatakan akan disiarkan pada 2021 susulan daripada penangguhan sesi penggambaran.

Menurut pencipta siri dan penerbit eksekutif, Alex Pina, mereka mengambil masa hampir setahun memikirkan bagi memecahkan kumpulan, menewaskan profesor dan masuk ke situasi yang tidak dapat dipulihkan banyak watak.

BACA: Siri Popular Netflix ‘Money Heist’ Bakal Diadaptasi Kepada Versi Korea

Terdahulu, siri ini dikatakan bakal diterbitkan dalam versi Korea oleh produksi ZIUMContents bersama syarikat BH Entertainment, antara artis yang bernaung di bawah syarikat tersebut adalah Lee Byung-hun, Go Soo, Han Hyo-joo, Han Ji-min, Kim Go-eun, Lee Jin-wook dan Yoon Ji-tae.

Sumber: What’s on Netflix