Hanya Dibenarkan Minum Dalam Rumah, Ini Antara Undang-Undang Alkohol Di Norway 2

Hanya Boleh Minum Di Rumah, Ini Antara Undang-Undang Tegas Berkait Alkohol Di Norway

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Setiap negara mempunyai undang-undang yang berbeza-beza berkenaan dengan pengambilan minuman keras atau alkohol.

Sebagai contoh, negara Islam, Arab Saudi mengharamkan minuman tersebut secara total di sana. Jika didapati bersalah, maka hukuman seperti sebat, denda atau penjara boleh dikenakan.

BACA: Pindaan Akta Pengangkutan Turut Sasar Geng Basikal Lajak Dan Mat Rempit

Antara contoh yang lain adalah di Norway. Biarpun bukan sebuah negara Islam, undang-undang berkaitan dengan minuman keras amatlah tegas. Harga jualan yang agak mahal menyebabkan rakyat Norway kurang membeli dan minum minuman keras di sana.

Lokasi dan waktu penjualan

Untuk pengetahuan anda, alkohol diharamkan dijual di kedai serbaneka seperti 7Eleven dan kiosk. Malah ada masa yang ditetapkan untuk penduduk Norway membeli minuman tersebut iaitu hanya sehingga jam lapan malam sahaja.

Hanya Dibenarkan Minum Dalam Rumah, Ini Antara Undang-Undang Alkohol Di Norway
Sumber: The Irish Times

Selepas lapan malam, bahagian penjualan minuman alkohol akan ditutup. Kebenaran menjual minuman alkohol ini hanya diberikan kepada pub dan bar berlesen sahaja. Manakala, penjualan alkohol di kedai runcit hanya dibenarkan pada hari biasa sahaja, pada hari minggu bahagian penjualan alkohol akan disembunyikan kepada pembeli.

Lokasi untuk minum

Tahukah anda, penduduk Norway tidak dibenarkan untuk mengambil minuman keras di kawasan awam. Bukan itu sahaja, kebenaran lokasi untuk mengambil minuman ini turut melibatkan kawasan balkoni rumah.

Nak minum?

Pergilah ke bar, restoran atau minum sahaja di rumah tanpa memperlihatkan kepada orang awam bahawa anda sedang minum.

Denda

Denda bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol adalah tinggi, boleh mencapai sehingga +-RM75,000.

Paras alkohol yang dibenarkan di Norway adalah sekitar 0.02 sahaja. Jika bacaan melebihi 0.05 denda yang dikenakan akan dikaitkan dengan pendapatan kasar bulanan pesalah, dan boleh digandakan mengikut tahap mabuk.

Kalau nak tahu, semasa di bawah pengaruh alkohol, individu tidak boleh melakukan apa-apa aktiviti termasuklah menebas rumput di halaman rumah sendiri.

Sumber: Awcoslo, Vice, Azira Aziz