
Dari Ladang Ke Litar Lumba, Farm Fresh Tubuh Pasukan ‘Boss Susu Motorsport’
Dari ladang ke litar lumba.
Jenama produk tenusu, Farm Fresh kini semakin melebarkan sayap apabila muncul sebagai penaja sukan permotoran yang dikenali dengan nama pasukan Boss Susu Motorsport selepas menaja program realiti hiburan, Gegar Vaganza 6.
BACA: Rahsia Di Sebalik Kejayaan Jenama Susu Farm Fresh
Projek penajaan ini bermula apabila bapa kepada dua pelumba berbakat negara, Harith Rosmaza dan Haziq Rosmaza, Rosmaza Ramli berdepan kesukaran selepas pihak penaja menarik diri ketika kejohanan 2020 menghampiri. Persahabatan antara Rosmaza dengan Boss Susu, Azmi Zainal sejak dari kecil membuka kepada peluang kerjasama ini.

Malah rekod baik yang ditunjukkan Harith dan Haziq yang mana masing-masing pernah meraih gelaran Juara Yamaha PETRONAS Super Series 201 (174 mata) dan Juara Yamaha PETRONAS Super Series 2018 (107 mata) menjadi sebab untuk The Holstein Milk Company tampil memberikan peluang kepada dua pelumba ini untuk terus melangkah jauh.
Dari ladang ke litar lumba.
Tidak dinafikan, tajaan adalah sangat penting dalam dunia sukan permotoran kerana ianya melibatkan kos yang besar.
Untuk membentuk satu pasukan yang mantap dan mampu bersaing, pasukan memerlukan sekitar RM400,000 hingga RM500,000 bagi menampung keperluan dua pelumba (dua jentera) bagi 10 pusingan Malaysia Cub Prix yang bertanding secara persendirian.
https://www.facebook.com/NuClenz/posts/3220231744679430?__xts__%5B0%5D=68.ARBaZPtM_pV-t6LjBnduHetw_mErpQSWgGiMDk8dxSEvLjN6URTZTyt1dY3Y27_R_xl_vtU0LK2wPCGRSRwh5dgeWX2PD_pSakmQI7F4et_IH7Wwmf1otJgkJBbfCekwUVbELO4FgmfDOcpaqyC8XgFcs_y8qUzlR3wQO7G0CLc_nC8Q4MoOY45SWoflZLH9jW2VIRw0neOjvxw54cfPhJ3L1XdeSpbDl0_h0NC3p5jZchtqrHeXS-uQwq90hukzeQtJx9NyiMYDEjAxEC2pKC1Ixz3NU2ZHgGoEEQK71PEnzR8rkjTyJfX6AOpYxAac1Fsnt_B4UXHnleiaoIqczuyH&__tn__=-R
Berbanding kategori CP125 atau CP150 yang banyak mendapat sokongan pengeluar motosikal, kos tersebut sudah mengambil kira kos daripada segi pengubahsuaian, penyediaan jentera, logistik, alat ganti, bayaran krew mekanik, enjin, tayar dan yuran perbelanjaan.
“Pada mulanya memang tak terlintas langsung untuk masuk ke dalam bidang ini. Apabila saya dihubungi oleh sahabat rapat yang kenal sejak kecil Rosmaza Ramli, saya fikir kenapa tidak. Saya kenal sahabat saya ini sudah lama. Kenapa tidak saya membantu dia.
Saya lihat dua pelumba ini mempunyai bakat yang besar, mereka juga selalu menaiki podium. Wajar untuk saya beri peluang kepada mereka untuk terus berlumba kerana amat rugi jika bakat dan semangat mereka terkubur begitu saja.
Di mana-mana pun saya selalu tekankan konsep kongsi rezeki. Dengan memasuki bidang ini, saya boleh berkongsi rezeki dengan semua yang terlibat. Buat masa ini kami akan lihat dahulu bagaimana perjalanan kejohanan ini untuk tahun ini dan akan mempertimbangkan segala kemungkinan bagi musim 2021.
Pasukan ini diberi nama Boss Susu Motorsports dan dikuasakan oleh produk baharu Café Latte Tongkat Ali, minuman tenaga pertama tanpa gula yang akan dilancarkan pada September ini. Disitu, saya lihat produk ini signifikan kepada sukan permotoran.”
Sumber: Tarmac Sports
Trending now



