Netizen Bimbang Kluster Bossku

Tiada Penjarakan Sosial, Netizen Bimbang Penyokong Najib Cetus Kluster ‘Bossku’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Netizen Bimbang Penyokong Najib Cetus Kluster ‘Bossku’

Kumpulan penyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dilihat mengingkari prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam mengekang penularan jangkitan pandemik COVID-19.

Dilaporkan, kira-kira 2,000 penyokong Najib bersesak dan bersorak di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi sempena keputusan kes pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Dilihat sebahagian daripada mereka tidak memakai pelitup muka atau tidak mengenakannya dengan sempurna berteriak berulang kali jeritan ‘Bossku’ sejurus Najib Razak tiba.

Polis kemudian membuat pengumuman menggunakan pembesar suara kepada para penyokong bekas Pengerusi BN dan Presiden UMNO itu supaya membuat penjarakan sosial.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy berkata, beliau dan anggotanya sebelum itu sudah mengarahkan mereka untuk menjaga jarak sosial namun masih ada yang tidak berbuat demikian.

Menurutnya, susulan itu, polis menggunakan pembesar suara membuat pengumuman supaya mereka yang berhimpun itu mematuhi SOP ditetapkan.

Netizen Bimbang Kluster Bossku

Kebimbangan mengenai wujud kluster Najib atau kluster Bossku disuarakan netizen berikutan gambar penyokong Najib yang berhimpun tanpa mempedulikan langkah-langkah kawalan penularan COVID-19.

Ada juga yang meminta polis mengambil tindakan kompaun kerana jelas menunjukkan ratusan penyokong bekas Perdana Menteri itu melanggar SOP.

https://www.instagram.com/p/CDKvIz1hEqs/

Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC International Sdn Bhd

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan tersebut.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman hukuman mengikut Seksyen 24 akta SPRM yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai rasuah atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Sumber: HM