
Novel Fiksyen Syed Saddiq, ‘Always By Your Syed’ Buat Netizen Terhibur
Novel fiksyen peminat Syed Saddiq, Always by Your Syed.
Tidak dinafikan, wajah yang tampan ditambah pula dengan kejayaan bergelar ahli politik pada usia muda menjadi salah satu sebab mengapa bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi pujaan ramai gadis bukan sahaja di dalam negara tetapi juga dari luar negara.
BACA: Dipersenda Dalam Dewan Rakyat, Netizen Muak Tonton Telatah Tidak Matang Ahli Parlimen Lebih Senior
Tidak terhenti di situ, baru-baru ini netizen mendapati terdapatnya satu fanfiction yang dihasilkan buat Syed Saddiq di laman Wattpad bertajuk Always by Your Syed.
Sudah dibaca lebih 6,000 kali, novel fiksyen ini mengisahkan mengenai seorang wanita, Hasya yang berjaya memasuki Universiti Oxford dan semasa berada di tahun kedua, beliau bertemu dengan Syed Saddiq yang merupakan juri kepada satu pertandingan perbahasan.

Plot cerita Always by Your Syed ini kemudian berkembang kepada alam percintaan sehinggalah keduanya mengikat tali perkahwinan.
Tidak lepas dengan ‘momen-momen’ manis, berikut antara tangkap layar yang sempat netizen kongsikan di laman media sosial Twitter mengenai novel fiksyen ini.
“Suap, please.”
“Kalau I jadi politician, would you still love me?”
Makin hari makin hensem.
“Saddiq, you buat terawih berapa rakaat?”
Carian terkini mendapati penulis sudah memadam novel fiksyen ini daripada lama WattpadTidak hanya ini, rupa-rupanya ada juga cerita fiksyen yang menjadikan Syed Saddiq sebagai ‘penyeri’ kulit muka hadapan mereka.

Fanfiction atau fiksyen peminat bukanlah sesuatu yang asing sebenarnya. Sebelum ini fanfiction yang ditulis mengenai Harry Style bertajuk After telah dijadikan sebagai buku bersiri dan filem selepas berjaya menarik bacaan sebanyak satu biliion (kini sudah mencecah 647 bilion).
Trending now



