TikTok Instagram Reels

Selamat Tinggal TikTok? Instagram Bakal Lancar Aplikasi Video Versinya Ogos Ini

Pesaing Baharu TikTok, Instagram Bakal Lancar Aplikasi Video Pendek

Sejak aplikasi video pendek popular, TikTok diharamkan di India diikuti Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang kini sedang mempertimbang untuk mengharamkan juga aplikasi tersebut, muncul beberapa aplikasi lain untuk mengambil peluang.

BACA: India Bangunkan Aplikasi Video Tik Tik Selepas Haramkan TikTok

Turut tidak terkecuali, Instagram dilaporkan bakal melancarkan ciri ala TikTok bagi penggunanya awal Ogos ini dan percaya ciri tersebut mampu ‘menghasilkan TikTok’ yang lebih baik.

Instagram pada Jumaat mengumumkan mereka sedang bersiap sedia untuk melancarkan ciri perkongsian video berkenaan yang dinamakan Reels, di Amerika Syarikat dan 50 negara lain. Kemunculan Reels bakal menjadi pesaing kepada populariti TikTok yang semakin goyah.

“Kami selalu melihat kehendak pengguna dan melakukan inovasi setiap hari untuk mencari cara baharu bagi kepuasan mereka.

“Kami yakin dapat memberi pengalaman unik kepada pengguna Instagram sekaligus memenuhi permintaan masyarakat kami,” kata jurucakap mereka kepada CNN.

Reels memberi peluang kepada pengguna merakam dan menyunting video 15 saat yang ditetapkan kepada muzik dan audio pilihan, dan memuat naik ke ‘Story’ mereka. Pilihan muzik latar juga boleh dipilih dari perpustakaan audio yang disediakan.

TikTok Instagram Reels
Sumber: Endgadget

Tarikh pelancaran rasmi buat masa ini belum diumumkan. Setakat ini, Reels sedang diuji kepada pengguna Brazil, Perancis, Jerman dan India.

Selain Instagram, YouTube juga kini sedang membangunkan ciri yang dinamakan Shorts, mempunyai ciri yang sama seperti TikTok bagi perkongsian video pendek, yang akan dilancarkan pada akhir tahun ini.

TikTok rancang untuk tambah 10,000 pekerjaan di AS selepas Trump mahu haramkannya.

TikTok dilaporkan merancang untuk mewujudkan 10,000 pekerjaan di AS dalam tiga tahun akan datang, peningkatan yang besar dari kira-kira 1,400 pekerja yang kini dimiliki di negara ini.

Pengumuman itu dibuat ketika syarikat itu menghadapi kritikan yang semakin meningkat atas pengendalian data pengguna dan hubungannya dengan China melalui syarikat induknya, ByteDance.

Sumber: USA Today