Tesco Malaysia Henti Serta Merta Ambil Bekalan Ayam Dari Kilang Terbabit COVID-19

Tesco Bakal Tamatkan Kontrak Dengan Agensi Pekerja Asing, Mahu Beri Peluang Kepada Rakyat Tempatan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tesco bakal tamatkan kontrak dengan agensi pekerja asing bagi beri peluang kepada rakyat tempatan.

Tesco Malaysia mengesahkan bahawa pihak mereka akan menamatkan kontrak dengan agensi pekerjaan yang membekalkan pekerja asing.

BACA: Tesco Malaysia Henti Serta Merta Ambil Bekalan Ayam Dari Kilang Terbabit Kes COVID-19

Langkah berkenaan dikatakan diambil supaya selari dengan dasar kerajaan mengenai pembekuan pengambilan pekerja asing sehingga hujung tahun ini.

Menurut jurucakap Tesco kepada media FMT, Tesco bakal mengurangkan jumlah kontrak perkhidmatan dengan agensi pekerja asing bagi merekrut lebih ramai rakyat tempatan dan menjangkakan tenaga kerja tempatan 100% pada November 2020.

Penamatan kontrak itu dijangka akan bermula bulan hadapan dan pasar raya itu dikatakan sedang dalam proses pemulihan bayaran pungutan prekrutan pekerja.

Tesco Malaysia Tamat Operasi Malaysia

Tesco sebelum ini berhadapan dengan kontroversi melakukan penganiayaan terhadap pekerja asing mereka.

BACA: Tesco Malaysia Dilapor Lakukan Penganiayaan Perhambaan Moden Terhadap Pekerja Asing Mereka

Dalam satu laporan perhambaan moden tahun ini, rangkaian  pasar raya yang berpangkalan di United Kingdom ini dikatakan telah melakukan penganiayaan seperti  penahanan pasport, pengurangan gaji secara tidak sah dan tidak dapat dijelaskan, berhutang dengan banyak broker buruh di negara asal serta bekerja lebih masa yang keterlaluan.

Berdasarkan data yang diambil daripada temu bual 169 orang pekerja asing mendedahkan pasport 68 pekerja Indonesia dan 171 pekerja Nepal telah ditahan dan sudah dipulangkan kepada pekerja terlibat.

Sebagai respon, Tesco menjelaskan mereka akan menyiasat secara mendalam tuduhan tersebut dan mewujudkan talian sokongan dalam bahasa ibunda untuk pekerja agensi serta garis panduan bagi memastikan pekerja mempunyai akses kepada pasport mereka apabila diperlukan.