Tak Pakai Pelitup Muka Denda Penjara

KKM Pertimbang Penjara, Denda Tak Pakai Pelitup Muka

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Nampaknya ramai yang sudah mula tidak berdisiplin dengan tidak menghiraukan prosedur operasi standard (SOP) yang diamanahkan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

BACA: Pekerja Di Kuching Ditampar Pelanggan Gara-Gara Diminta Pakai Pelitup Muka

Susulan itu, KKM sedang meneliti cadangan sama ada akan mengenakan denda RM1,000 atau penjara bagi individu yang tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dua hukuman itu sedang dipertimbangkan untuk dilaksanakan sebelum mewajibkan pemakaian pelitup muka.

Beliau berkata pengenalan dua hukuman itu termaktub dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Topeng Muka Diimport Dari China Rosak
Sumber: Taiwan News

“Kementerian Kesihatan sangat menggalakkan pemakaian pelitup muka terutama di kawasan awam. Kalau tempat awam, kita harus pakai pelitup muka jika penjarakan sosial sukar dijalankan atau pun tempat berisiko tinggi kita sangat galakkan.

“Sekarang kita masih belum mewajibkan. Kalau kita wajibkan dalam Akta 342, jadi kita akan pertimbangkan sebab individu itu akan dikenakan denda kalau tak pakai pelitup muka iaitu RM1,000 atau pun boleh dipenjarakan.

“Jadi kita melihat kepada tindakan denda atau pun penjara bagi mereka yang tak pakai pelitup muka. Itu yang kita sedang teliti sebelum kita laksanakan untuk mewajibkan pakai pelitup muka,” katanya.

KKM juga menuntut orang ramai memakai pelitup muka kerana ia boleh memutuskan jangkitan sebanyak 65 peratus. Begitu juga dengan penjarakan sosial, ia dapat memutuskan jangkitan COVID-19 lebih kurang 65 hingga 70 peratus.

Penggunaan pelitup muka boleh dibahagikan kepada penggunaan tujuan perubatan dan bukan perubatan.

“Yang pertama, penggunaan pelitup muka bagi tujuan perubatan. Petugas kesihatan perlu menggunakan perlindungan yang disarankan dalam garis panduan COVID-19 Management Malaysia.

“Kedua, orang awam bergejala saluran pernafasan perlu menggunakan surgical 3 ply mask,” kata KKM.

Pemakaian pelitup muka tidak sempurna dengan membiarkan ia tergantung di leher, dahi bawa risiko pencemaran dan jangkitan kepada pemakai.

Sumber: BH