
Rosmah Mansor Cipta Kelainan Tampil Dengan Beg ‘Cap Ayam’
Sering tampil dengan imej pengumpul beg tangan mewah, isteri kepada bekas Perdana Menteri ke-6 iaitu Datin Seri Rosmah Mansor mencuri tumpuan umum apabila tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan membawa ‘beg ayam’.
Beg kain jut dengan gambar ayam yang dipegang salah seorang pembantunya ketika hadir untuk perbicaraan dakwaan kes rasuah projek solar hibrid di Sarawak menjadi bualan netizen yang teruja dengan ‘keterampilan baharu’ beliau.
Sejak menyandang gelaran sebagai isteri Perdana Menteri ke-6, Rosmah Mansor telah menerima banyak kritikan kerana mempunyai reputasi sebagai seorang yang boros, kuat berbelanja dan dilihat mendominasi agenda politik dan sosial Najib Razak.
Untuk pengetahuan anda, beg kitar semula tersebut bukan calang-calang rekaannya.
Dikeluaran oleh sebuah pasar raya terkemuka di Kuala Lumpur pada 2012, ‘beg ayam’ dengan mesej Ayam Not A Plastic Bag itu merupakan tribute kepada beg jenama antarabangsa, Anya Hindramarch yang pernah menghasilkan koleksi beg kitar semula pada 2007, I’m Not A Plastic Bag.
Biarpun beg ini hanyalah sekadar beg kitar semula bagi anggapan sesetengah orang, ketahuilah sesungguhnya ianya sudah dibawa dan dijual hingga ke negara jiran Indonesia.
BACA: Najib Razak Bakal ‘Bintangi’ Siri Dokumentari Netflix ‘Dirty Money’ Musim 2
Trend pemakaian beg kitar semula bukanlah sesuatu yang baharu dalam kalangan masyarakat hari ini. Malah ada selebriti terkenal antarabangsa seperti Jennifer Aniston, Emma Roberts dan Anne Hathway kerana keselesaan yang ditawarkan selain daripada menyampaikan mesej menjaga alam sekitar.
Trending now



