
Hikmah Di Sebalik Hagia Sophia Kembali Sebagai Masjid, Masuk Percuma Untuk Semua Pelawat
Penukaran status Hagia Sophia menerima respon yang berbeza daripada seluruh masyarakat dunia.
Seperti mana yang kita ketahui, Mahkamah Agung Turki sebulat suara telah membuat keputusan untuk menukar semula peranan bangunan bersejarah di Istanbul iaitu Hagia Sophia daripada sebuah muzium untuk kembali dijadikan sebagai masjid bagi kegunaan umat Islam di sana.
Kebimbangan mereka yang tidak memahami keputusan yang Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, kononnya pertukaran kepada masjid itu telah menyekat akses sama rata kepada semua pelawat seperti sebelum ini.
Ketegasan kerajaan Turki telah menangkis mereka yang tidak puas hati, kecewa dan tertekan kerana banyak hikmah tersirat di sebalik pertukaran status bangunan keajaiban seni bina dunia ini.
Sebenarnya, taraf bangunan bersejarah itu masih kekal dibuka kepada semua pelawat di seluruh dunia walaupun yang bukan beragama Islam bebas menyaksikan keindahan ruang dalam Hagia Sophia dan kemasukannya percuma tanpa apa-apa bayaran.
Sebelum ini, pengunjung yang melawat ke sana perlu membeli tiket sebanyak 40 lira untuk masuk berikutan status elitnya sebagai muzium premium.
Malahan, segala mosaik yang jelas menonjolkan ikon agama Kristian di Hagia Sophia cuma ditutup dengan tirai khas ketika umat Islam hadir bagi menunaikan solat secara berjemaah di masjid berkenaan.
Semua imej kerohanian itu namun dibuka semula untuk tatapan pelawat lepas selesai solat dan ia bakal dilaksanakan apabila umat Islam dibenar beribadah secara rasmi bermula 24 Julai ini.
Itulah jaminan pihak berkuasa agama Islam tempatan atau dikenali sebagai Diyanet yang dipetik media Turki sebagai ulas keputusan oleh pihak Mahkamah Tinggi negara itu.
Hakim mahkamah tersebut memutuskan penukaran tapak Empayar Byzantine kurun keenam itu oleh rejim diktator sekular Mustafa Kemal Ataturk kepada muzium pada 1934 adalah tidak sah.
Susulan itu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bertindak segera mengisytiharkan bangunan tersebut kini dikembalikan status asal sebagai masjid selepas 86 tahun ‘dipaksa’ jadi muzium.

Dalam ucapannya, Erdogan berjanji, ‘Kami akan mempertahankan status Hagia Sophia sebagai warisan budaya sama seperti yang dilakukan oleh nenek moyang kami.’
“Saya ingin menekankan bahawa Hagia Sophia berubah menjadi masjid dari muzium, bukan dari gereja,” katanya.
Tambahan pula, Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri sanggup membeli bangunan ini dengan duit baginda sendiri sebelum mewakafkan untuk manfaat umat Islam.
Majoriti masyarakat Turki menyambut baik pertukaran status ini, hanya mereka yang sekular lantang menentang usaha tersebut.
Sumber: The Jakarta Post
Trending now



