Blogger Diiktiraf Pekerjaan Di China

Pemain E-Sukan, Blogger Kini Diiktiraf Sebagai Pekerjaan Di China

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pemain E-Sukan, Blogger Kini Diiktiraf Sebagai Pekerjaan Di China

Ketika permainan video masih dianggap musuh oleh kebanyakan ibu bapa kepada pembelajaran anak-anak mereka, pelajar universiti di China digalakkan untuk mengikuti kursus sukan elektronik (e-sukan), bahkan menjadikannya sebagai satu kerjaya.

Terkini, China telah mengiktiraf aktiviti seperti berblogging, bermain permainan video, menjual produk di laman e-dagang dan menguruskan akaun media sosial sebagai ‘pekerjaan yang fleksibel’ atau erti kata lain, pekerjaan sebenar.

Sebelum ini, kesemua aktiviti berkenaan walaupun sudah menjadi sebahagian kerjaya seseorang, ia belum diiktiraf dan dikategorikan sebagai penganggur.

Undang-undang baharu ini dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan China sebagai sebahagian usaha kerajaan untuk meningkatkan kadar pekerjaan di tengah pandemik COVID-19. Pada waktu ini kadar pengangguran di China ialah 6.2 peratus dengan kerajaan menyasarkan ia turun ke 6 peratus menjelang penghujung tahun.

“Pelajar kolej tidak semestinya perlu pergi ke tempat kerja, semakin banyak kita lihat mereka mempunyai banyak pilihan, termasuk sebagai freelancer,” kata pakar ekonomi dan penasihat Majlis Negeri, Tang Min.

“Mereka dapat membuka ‘kedai’ di Taobao atau terlibat dalam e-dagang. Mereka boleh membuka perniagaan mereka sendiri hanya dengan komputer riba dan mencipta peluang pekerjaan baru.”

Blogger Diiktiraf Pekerjaan Di China

Dengan peraturan baharu itu, kerajaan China meminta pihak universiti peka dengan kriteria baharu itu ketika melaporkan kadar pekerjaan graduan dan setiap maklumat yang bertentanga akan diberi hukuman.

China merekodkan sebanyak 8.74 juta graduan baharu akan memasuki pasaran pekerjaan pada musim panas ini. Hal ini menambah tekanan kepada situasi sektor pekerjaan yang kina meruncing, dengan berjuta-juta pekerja menganggur akibat pandemik.

Sementara itu, jumlah penganggur di Malaysia meningkat kepada 5.3 peratus pada Mei lalu membabitkan seramai 826,100 individu yang tiada pekerjaan atau dibuang kerja.

Apa pandangan anda tentang trend kerjaya moden ini? Adakah memang patut dikategori sebagai pekerjaan sebenar?

Sumber: Straits Times