
Dipersenda Dalam Dewan Rakyat, Netizen Muak Tonton Telatah Tidak Matang Ahli Parlimen Lebih Senior
Dipersenda dalam Dewan Rakyat, netizen muak lihat telatah Ahli Parlimen lebih senior.
Sidang Dewan Rakyat semalam (13 Julai) dipenuhi dengan rentetan kontroversi antaranya kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga merupakan bekas Pengerusi Tabung Haji kepada Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Paato.
Pakai lah bedak? Selesai masalah? Apakah? Gelap bukan masalah eh tolong la ni ke yb-yb yang kitorang pilih? pic.twitter.com/TQsSfheMqn
— Dhaman Surein (@surein29) July 13, 2020
Abdul Azeez yang mengeluarkan kenyataan ‘gelap’ dan ‘pakailah bedak’ kepada Kasthuriraani kemudiannya diminta untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataannya oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.
“Dua tahun saya duduk di situ (tempat YB Batu Kawan), tempat yang sama, di situ gelap dan selalu tidak mendapat perhatian.
Maksud saya kawasan itu gelap. Saya tidak sama sekali memanggil sesiapa gelap, diri saya sendiri Allah takdirkan gelap. Bagaimanapun, saya menarik balik dan memohon maaf.”
Selain daripada itu, tingkah Ahli Parlimen lain ketika Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta untuk mencelah dalam perbahasan Ahli Parlimen Langkawi yang juga merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir.
Kau tengok lah bila orang muda nak berbahas betul-betul. @SyedSaddiq kena ejek, buat lawak bodo, kena perli dengan orang-orang tua yang jadi ahli Dewan.
Apa masalah orang-orang tua ni tak boleh bahas betul-betul ni? Gaji mahal rakyat bayar ni.
Bagi orang muda jaga negara la. pic.twitter.com/lAv8NDqf1P
— luqmanlong (@luqmanlong) July 13, 2020
“Muar pergi lompat pagarlah.”
– Ahli Parlimen Padang Rengas, Mohamed Nazri Abdul Aziz“Cucu, cucu nak mencelah, cucu.”
“Bagi cucu, cucu nak mencelah.”
– Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar“Tanya atuk kenapa dia letak jawatan.”
– Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim
Tindakan tidak matang Ahli Parlimen yang lebih senior menyebabkan ramai netizen meluahkan rasa muak mereka melihat etika perbahasan dalam Dewan Rakyat.
Ada yang turut menyifatkan cara Syed Saddiq diperlekehkan menunjukkan realiti bagaimana pandangan dan pendapat belia sering dibiarkan dan diabaikan generasi terdahulu.
The level of disrespect towards Syed Saddiq in Parlimen shows how youths are being treated and looked down upon. Susah sangat kah mau tutup mulut skjap ja and listen to what he has to say? Ni pula sebelum mula bercakap suda kena ejek
— Ok Sokmo (@Shaanbah) July 13, 2020
https://twitter.com/sunfloweraidil/status/1282608836105232384
https://twitter.com/RohanBeg/status/1282542321410564097
https://twitter.com/allyaari/status/1282551441249329152
Trending now



