Pertikai Inisiatif Perbelanjaan Kerajaan Tangani COVID-19 Tidak Dibahas Terlebih Dahulu, Ini Jawapan Muhyiddin Kepada Anwar

Pertikai Inisiatif Perbelanjaan Kerajaan Tangani COVID-19 Tidak Dibahas Terlebih Dahulu, Ini Jawapan Muhyiddin Kepada Anwar

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada pertikai inisiatif keputusan mengenai isu berkaitan inisiatif dan perbelanjaan kerajaan dalam menangani impak wabak pandemik COVID-19 yang dibuat tanpa dibahaskan terlebih dahulu.

Pertikaian tersebut seakan menyatakan kerajaan enggan (gagal) memberi ruang kepada Ahli Parlimen membahaskannya sebelum diluluskan kemudian dinafikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BACA: Senarai Lengkap Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)

Menegaskan bahawa segala inisiatif perlu dilakukan sekarang kerana rakyat tidak boleh menunggu terlalu lama untuk menerima bantuan, sebagai jawaan kepada pertikai inisiatif Muhyiddin menjelaskan kerajaan tiada pilihan kecuali mengutamakan kelangsungan hidup rakyat dalam situasi sukar sebegini.

100 Hari Memerintah, Krisis COVID-19 Antara Bukti Kemampuan Muhyiddin Yassin Mentadbir Negara
Sumber: BH

Ada berpuluh-puluh inisiatif yang terpaksa kita laksanakan, kerana di luar sana rakyat menunggu.

Dia (rakyat) tidak boleh menunggu sesi Parlimen ini. Dia nak sekarang, bantuan disampaikan sekarang. Mereka hadapi kesukaran sekarang, industri-industri sudah runtuh sekarang, perniagaan-perniagaan tidak boleh dilaksanakan sekarang.

Kalau nak tunggu hari ini, saya faham, sebagai tugas Ahli Parlimen, itu tanggungjawab (membahaskan masalah rakyat), tetapi tugas kerajaan adalah menentukan rakyat mesti dibela, pembelaan itu mesti dilaksanakan.”

Dalam sidang Parlimen hari ini,Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua Pembangkang.

Dalam sidang Parlimen hari ini juga, usul pengosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dicadangkan Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut diluluskan dengan persetujuan 111 Ahli Parlimen.