Hagia Sophia Status Masjid

Ramai Pihak Kecewa Hagia Sophia Ditukar Status, Tapi Ramai Tak Tahu Sejarah Disebalik Ia Sebagai Masjid

Hagia Sophia bertukar status sebagai masjid.

12 Julai 2020 menjadi detik sejarah bukan sahaja kepada negara Turki, malah kepada seluruh umat Islam apabila Presiden Recep Tayyip Erdogan mengumumkan Hagia Sophia, satu daripada keajaiban seni bina dunia dibuka semula sebagai masjid.

Makhamah Tinggi Turki memutuskan bangunan bersejarah tersebut akan dibuka semula menjadi sebuah masjid selepas hampir 86 tahun memegang status sebagai muzium. Pertukaran status ini akan memperlihatkan solat pertama di Hagia Sophia yang bakal berlangsung pada 24 Julai ini.

Erdogan dalam pada itu mendesak supaya semua pihak menghormati keputusan Turki dan menegaskan isu berhubung apa fungsi Hagia Sophia adalah berkait kedaulatan negara terbabit.

Keputusan yang dibuat kerajaan Turki bagaimanapun menerima tentangan seperti Amerika Syarikat, melahirkan rasa kecewa dan menuntut akses sama rata kepada semua pelawat dengan mahu ia dikekalkan sebagai muzium.

Begitu juga dengan pemimpin romak Katolik, Pope Francis berasa ‘tertekan’ atas keputusan pertukaran status berkenaan selai turut menimbulkan kemarahan masyarakat Kristian dan negara jiran, Greece.

Sejarah Ringkas Hagia Sophia

Membawa maksud ‘kebijaksanaan dari Tuhan’ dalam bahasa Yunani, Hagia Sophia telah dibina pada kurun ke-6 di antara 532 hingga 537 M sewaktu pemerintahan Byzantine di era dinasti Justinian I, sebelum ditukar kepada masjid selepas penaklukan Uthmaniah pada 1453 serta muzium pada 1934.

Hagia Sophia Status Masjid

Pertukaran status Hagia Sophia daripada gereja kepada masjid

Odisi tertarik untuk berkongsi sebuah hantaran seorang pengguna Facebook, Dr Hafidzi Mohd Noor mengenai isu Hagia Sophia ini.

“Muhammad al Fateh membeli Aya Sophia (Hagia Sophia) dan menawarkan harga kepada pastor sedangkan beliau tidak perlu berbuat demikian (rampas atau musnahkan sahaja kalau ikut undang undang gasar kamu) kerana beliau adalah pembuka Constantinople pada tahun 1453. (Sebab itu dalam agama kamu, tokoh tokoh kamu digelar conqueror sedang kami memanggil mereka al fath – pembuka),” tulisnya.

Hantarannya itu memperlihatkan perbezaan kerajaan Islam dahulu menakluk sesebuah empayar dengan golongan Katolik.

Boleh baca penulisan lanjut di bawah:

Sementara itu, pihak berkuasa Turki secara konsisten menegaskan, kedudukan Hagia Sophia sebagai monumen bersejarah dan kebudayaan sejak dari abad ke-6 selepas masihi akan terus dilindungi meskipun dibuka kepada awam seperti mana berlaku kepada Masjid Biru.

Turki akan memelihara ikon Kristian di sana seperti mana kami lakukan kepada tinggalan sejarah Kristian yang lain. Isu Hagia Sophia bukan masalah luar tetapi soal kedaulatan Turki.”

Walaupun, kerajaan mengambil keputusan untuk membenarkan tinggalan sejarah itu sebagai lokasi mengerjakan solat kepada orang awam, perlu disedari Hagia Sophia akan tetap dihormati dan dipelihara dengan baik.

Hanya rakyat Turki lebih memahami nilai yang terdapat di bandar berkenaan berbanding tentera Salib yang menakhluknya pada tahun 1204.