
JAWI Diberi Kuasa Penuh Untuk Tangkap Golongan Transgender – Dr Zulkifli
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kini diberi kuasa penuh untuk menangkap golongan transgender dibawah kebenaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
BACA: Isu Transgender Tunai Umrah, Ini Hukum Yang Wajib Mereka Patuhi
Menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya semalam, lesen berkenaan diberikan dengan tindakan yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Saya beri lesen penuh kepada semua penguat kuasa JAWI untuk laksanakan fungsi Bahagian Penguatkuasaan dengan sebaiknya di Wilayah Persekutuan.”
Golongan transgender yang ditangkap pihak JAWI tidak hanya akan ditangkap semata, tetapi akan diberikan pendidikan dan tarbiyah dengan cara paling berhikmah supaya kembali ke pangkal jalan.

Pada tahun 2018, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendedahkan golongan transgender dan gay di Malaysia semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu.
Trend peningkatan itu nyata membimbangkan kerana kebanyakan komuniti itu bermula sejak daripada zaman persekolahan (asrama) terutamanya bagi kanak-kanak dan remaja lelaki berusia antara 12 hingga 15 tahun yang masih belum matang dan tidak dapat membezakan jenis sentuhan ke atas mereka.
“Dalam beberapa kes, mereka (kanak-kanak dan remaja lelaki) diliwat pelajar senior ketika berada di sekolah berasrama, sekali gus mengakibatkan wujudnya faktor ketagihan kepada seks sejenis dan bertukar menjadi seorang gay.”
– Timbalan Pengarah Keluarga, Sosial dan Pembangunan Komuniti JAKIM, Dr Mohd Izwan Md Yusof
Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Trending now



