Al-Jazeera Nafi Dokumentari Pengendalian PATI Semasa Pandemik COVID-19 Mengelirukan Dan Tidak Tepat 1

Al-Jazeera Nafi Dokumentari Pengendalian PATI Semasa Pandemik COVID-19 Mengelirukan Dan Tidak Tepat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Stesyen penyiaran antarabangsa, Al-Jazeera nafi dokumentari Locked Up in Malaysia’s Lockdown berdurasi 25 minit yang disiarkan menerusi program 101 East pada Jumaat lalu sebagai tidak tepat, tidak adil dan mengelirukan seperti yang didakwa.

BACA: Lelaki Warga Bangladesh Dalam Dokumentari Kontroversi Al Jazeera Kini Diburu Imigresen

Tetap dengan pendirian bahawa dokumentari mingguan The 101 East mempunyai reputasi dalam menghasilkan kewartawanan yang berkualiti tinggi dan mendalam.

Al-Jazeera Nafi Dokumentari Pengendalian PATI Semasa Pandemik COVID-19 Mengelirukan Dan Tidak Tepat

Dalam satu kenyataan, Al-Jazeera menjelaskan bahawa program berkenaan jelas menunjukkan usaha kemanusiaan dilakukan oleh organisasi Malaysia yang menyediakan bantuan secara terus kepada keperluan migran dan tidak mengandungi pandangan peribadi sebarang kakitangan Al-Jazeera sebaliknya mengandungi pandangan dan pengalaman individu daripada pelbagai latar belakang termasuklah doktor dan petugas barisan hadapan Malaysia.

BACA: KKM, NGO Sanggah Laporan Negatif Al-Jazeera, Sengaja Jejaskan Imej Malaysia

Dalam dokumentari pendek tersebut, Al-Jazeera dikatakan ‘menyiasat’ penderitaan yang dihadapi pekerja asing yang tidak memiliki dokumen yang sah dan ditangkap ketika serbuan dilakukan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

BACA: Aktivis Sifatkan Operasi Sasar PATI Di Jalan Masjid India Sebagai ‘Tidak Berperikemanusiaan Dan Bodoh’

Agensi berita yang berpangkalan di Qatar itu turut memaklumkan bahawa pihak mereka hanya melaporkan apa yang berlaku di Malaysia dan menegaskan mereka berpegang kepada etika kewartawanan yang profesional, kualiti dan kesaksamaan.

Dua hari lalu, Al-Jazeera dan wartawan telah dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan berhubung dokumentari tersebut dan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Malah siaran televisyen Al-Jazeera English juga menyatakan kesediaan bertemu dengan wakil kerajaan Malaysia bagi memberikan maklum balas susulan penerbitan dokumentari tersebut.

Sumber: Malaysia Gazette