Indonesia Tetap Buka Panggung Wayang Meskipun Kes Positif Menghampiri 70,000

Indonesia Tetap Dengan Keputusan Buka Panggung Wayang Meskipun Kes Positif Menghampiri 70,000

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Biarpun peningkatan kes positif baharu dalam tempoh masa sehari masih dalam kadar yang tinggi (melebihi 1,000 kes baharu), kerajaan Indonesia tetap mengambil keputusan untuk membuka semula beberapa sektor kesenian dan kebudayaan termasuklah panggung wayang.

Langkah berkenaan yang dipercayai diambil sebagai satu cara menyelamatkan sektor ekonomi mereka selepas pemilik panggung wayang berikrar untuk mengamalkan norma baharu dengan mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat kepada penonton dan pengunjung.

Indonesia Tetap Buka Panggung Wayang Meskipun Kes Positif Menghampiri 70,000 1
Sumber: CDN

Dengan kes sudah menghampiri 70,000 kesemua panggung wayang dikhabarkan akan dibuka pada 29 Julai iaitu antara dua hingga tiga minggu lagi bagi membolehkan pengusaha membuat persediaan.

Indonesia tetap akan buka panggung wayang meskipun kes positif dalam tempoh sehari masih tinggi

Antara SOP yang akan dikenakan kepada penonton dan pengunjung adalah:

  1. Kapasiti penonton hanya separuh daripada jumlah tempat duduk penonton.
  2. Bilik tayangan akan disanitasi setiap kali selepas tayangan.

Setakat pagi ini, Indonesia mencatatkan 68,079 kes dengan kematian seramai 3,359 dan kes aktif sebanyak 33,135. Dari 213 buah negara yang sudah mencatatkan kes positif COVID-19, Indonesia berada di tangga ke-26, dan di peringkat Asia pula, Indonesia berada di kedudukan ke-9 daripada 49 buah negara.

BACA: Enam Daerah Indonesia Catat Status Zon Hitam, Kes COVID-19 Kini Melebihi 30 Ribu

Beberapa daerah Indonesia pernah diisytiharkan sebagai zon hitam (merah gelap) selepas mencatatkan kes baharu dalam kuantiti yang tinggi.

Di Malaysia pula, panggung wayang sudah mula dibuka bermula 1 Julai selepas ditutup hampir empat bulan dengan penetapan waktu operasi yang terhad berserta beberapa SOP, antaranya:

  1. Individu 12 tahun ke bawah dan warga emas 60 tahun ke atas tidak dibenarkan memasuki pawagam.
  2. Suhu badan penonton akan diperiksa terlebih dahulu.
  3. Bilik tayangan di sanitasi setiap kali selepas tayangan berakhir.

https://www.facebook.com/odisimy/posts/1916929495106924?__xts__%5B0%5D=68.ARAADAco8x3Wp-gf5MyCQ8DFIc8IQsy222l5WD_jbMQ3H86PYpS2fPNvtHHS0Jvisi5J83A1TVktK43GERGv13GTmIj6DWZKFIwfmCdKqEFdy33VboQavs4rYhke2zuYESFAsOV8Tkv-Lcux1nUHoVO8I22xRdSbL6ASJbf2-1vReCFRIZFTZ5C0oEPsBgGfNhhlZT1-UKIEmTN9d8WO_gi-QUXgB4KTv2cXp_QQPnDDXFySL-tbhbEXGD5H_OCA28qPEsPzqo88ex8xX91pgotqmFdTHuPVfBVce_O0W7nK4Ryu8ZusrpJ2e9cMu4CHqhfJG9UGyDFJdsv40KKyimNRmyoB&__tn__=-R

Malah satu inisiatif telah dibuat oleh beberapa pihak bagi memastikan tiada penularan wabak berlaku iaitu tonton wayang secara drive-in; wayang dari dalam kereta.

Baca lanjut di sini:

Tonton Dari Dalam Kereta, Wayang Konsep ‘Drive-In’ Pertama Bakal Dibuka Di Malaysia

Sumber: Kompas.com