Kedai Kosmetik NYX Umum Tutup Perniagaan Di Malaysia Menjelang Akhir Julai Dengan 80% Diskaun

Kedai Kosmetik NYX Umum Tutup Semua Cawangan Di Malaysia Dengan Tawaran Diskaun 80%

Satu lagi perniagaan bakal menutup pintunya berikutan terkesan dengan wabak pandemik yang melanda dunia kini. Kedai kosmetik NYX yang merupakan jenama antarabangsa dari Los Angeles mengumumkan akan menutup cawangan mereka di Malaysia selain daripada akan menghentikan jualan secara dalam talian.

Cawangan di Suria KLCC, Sunway Pyramid dan Midvalley Megamall secara rasminya telah ditutup semalam. Manakala hari ini (1 Julai) di IOI City Mall Putrajaya dan 31 Julai di Sogo KL dan PlayUp Advance (Fahrenheit 88 dan Genting).

Kedai Kosmetik NYX Umum Tutup Perniagaan Di Malaysia Menjelang Akhir Julai Dengan 80% Diskaun 1
Sumber: The Rakyat Post

Menawarkan diskaun antara 50% sehingga 80% , NYX mengumumkan selepas tarikh 30 September ini, tiada lagi jualan produk jenama mereka di platform dalam talian Lazada, Shopee dan Hermo.

Sekiranya pelanggan mahu mendapatkan produk mereka selepas 30 September, boleh dapatkannya di platform dalam talian yang ada menawarkan penghantaran antarabangsa seperti Amazon, Asos dan Look Fantastic.

https://www.instagram.com/p/CB17kNSljxq/?utm_source=ig_embed

Selepas tiga tahun bertapak di Malaysia, penutupan kedai kosmetik NYX ini tidak diberitahu sebabnya, namun ramai yang percaya ianya mempunyai hubungan dengan pandemik COVID-19 yang menyaksikan penutupan banyak sektor ekonomi sama ada yang kecil mahu pun besar.

Kedai pakaian H&M baru-baru ini mengumumkan penutupan  170 cawangan mereka di seluruh dunia pada 2020 setelah mencatatkan kerugian hampir 50% (RM1.4 bilion) daripada pendapatan bersih pada suku kedua tahun ini.

BACA: H&M Umum Tutup 170 Cawangan Selepas Catat Kerugian Lebih RM1.4 Bilion

Manakala kedai pakaian Zara terpaksa menutup sehingga 1,200 cawangan di seluruh dunia bagi mengukuhkan jualan secara dalam talian selepas mencatatkan kerugian sebanyak RM1.97 bilion dalam suku pertama kewangannya.