
Kes COVID-19 Makin Teruk Di Amerika Syarikat, Trump Tetap Salahkan China
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semakin berang kepada China kerana kegagalan mereka mengawal penularan COVID-19 sedangkan kes di China sudah tidak begitu teruk berbanding negara Uncle Sam itu.
“Seperti yang saya tengok penularan pandemik bertambah buruk di seluruh dunia, termasuk kerosakan luar biasa yang berlaku kepada Amerika Syarikat.
“Ini membuatkan saya semakin marah kepada China,” ciapnya di Twitter.
Tambah beliau, China bertanggungjawab terhadap pandemik global itu dan dakwaan terbabit mengeruhkan lagi hubungan kedua-dua negara yang sememangnya tegang akibat perang perdagangan.
https://twitter.com/realDonaldTrump/status/1278099002345619462
Krisis virus kini semakin buruk di AS sehingga pegawai perubatan mengakui mereka tidak dapat mengawal pandemik itu.
Pakar penyakit berjangkit, Dr Anthony Fauci, memberitahu Kongres bahawa semua tindakan yang diambil tidak betul dan ternyata keadaan kini di luar kawalan.
Kata Fauci, beliau tidak akan terkejut jika kes jangkitan Covid-19 di negara ini mencapai 100,000 setiap hari.
“Jelas sekali keadaan tidak terkawal sekarang,” katanya.
Ini kerana penduduk AS tidak memakai pelitup muka dan mematuhi penjarakan sosial.
Ketika memberi keterangan, Fauci berkata, kira-kira separuh daripada semua kes baru datang dari empat negeri. Beliau memberi keterangan kepada Senat sebelum keputusan untuk membuka sekolah diputuskan semula.
Sebelumnya, Gabenor New York memaklumkan penduduk Amerika mesti dikuarantin jika mereka mengunjungi negeri itu.
BACA: AS Sekali Lagi Dakwa, Kali Ini Ada Bukti Besar COVID-19 Berasal Dari Makmal Wuhan
Pada hari Selasa kes jangkitan COVID-19 melonjak lebih daripada 40,000 kes sehari sebanyak empat kali dalam tempoh lima hari.
Lonjakan berlaku di negeri selatan dan barat, memaksa sekurang-kurangnya 16 negeri menghenti atau membatalkan rancangan pembukaan semula ekonomi, menurut CNN.
Florida, Arizona, Texas dan California adalah empat negeri yang dirujuk oleh Dr Fauci sebagai yang paling banyak dilanda jangkitan COVID-19.
China pula menuduh pentadbiran Trump cuba mempolitikkan pandemik bagi mengalihkan pandangan daripada kegagalan mereka mengendalikan krisis itu, dengan AS selaku negara paling terjejas di dunia akibat COVID-19.
Bagaimanapun, pegawai AS menggesa ketelusan tinggi daripada pihak China.
Sumber: BH
Trending now



