Mahasiswi Jual Perabot Terpakai

Mahasiswi Ini Raih Pendapatan RM100,000 Sebulan Dengan Jual Perabot Terpakai

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak lambakan kemasukan warga asing di Malaysia, seringkali terdengar berita kucing dan anjing terbiar dijadikan sebagai lauk oleh mereka. Bukan satu hal yang luar biasa terutamanya di Vietnam, tabiat makan daging kucing ini dipercayai dapat meningkatkan adrenalin tubuh badan.

Tabiat ini sukar untuk mereka tinggalkan dan dibawa sehingga ke Malaysia yang mana majoriti rakyat Malaysia memang tidak menjadikan kucing sebagai menu hidangan. Kebiasaannya orang Vietnam akan makan kucing di negara mereka semasa bulan Oktober kerana cuaca pada waktu tersebut adalah sejuk.

Di Seberang Jaya, kegiatan pemburuan kucing oleh segelintir pekerja asing warga Vietnam mengundang rasa tidak senang dalam kalangan penduduk. Sehingga ada antara mereka berani meminta pertolongan daripada penjual daging untuk menyembelih kucing yang berjaya ditangkap.

Warga Asing Makan Kucing
Sumber: Faiz Rahman

Makan daging kucing dan anjing menyebabkan berlakunya penyebaran penyakit seperti rabies dan leptospirosis kerana majoriti haiwan yang ditangkap hidup secara liar; tidak diberikan suntikan vaksin.

Malah pada tahun 2018, pernah tular di laman sosial Facebook, ada individu yang tidak bertanggungjawab menjadikan penjualan secara online daging kucing dan organ-organ dalamannya sebagai sumber pendapatan.

Ada juga di antara mereka mematikan haiwan tersebut dengan cara yang kejam iaitu merendamnya ke dalam air panas (tanpa dimatikan terlebih dahulu) supaya bulu pada badan haiwan tersebut dapat dibuang dengan mudah.

Warga Asing Makan Kucing
Sumber: Tribun Lampung

Merupakan kesalahan dari segi undang-undang, pembunuhan tersebut boleh digelar sebagai zalim kerana tidak mengikut garis panduan sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

Di Taiwan, undang-undang yang boleh mendakwa mereka yang makan anjing dan kucing sama ada terlibat dalam aktiviti menjual, membeli atau memiliki daging haiwan tersebut. Di Malaysia pun rasanya sudah ada akta kekejaman haiwan.

Jadi, jika ada yang terlihat kejadian ini berlaku di tempat anda, anda bolehlah menghubungi Jabatan Perkhidmatan Veterinar bahagian negeri untuk melaporkan kejadian ini.

Sumber: Harian Metro

Daripada makan kucing, baik pergi makan piza. Tak ada cederakan sesiapa.

Beb Stone Oven Pizza

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/2257344317855551/