Krisis Semakin Tegang Bila Korea Utara Kini Sudah Siap Dengan Hukuman ‘Balas Dendam’ Kepada Korea Selatan 1

Krisis Semakin Tegang Apabila Korea Utara Kini Sudah Siap Dengan Hukuman ‘Balas Dendam’ Kepada Korea Selatan

Jika ke Thailand, pasti ramai yang akan menyewa motosikal supaya memudahkan pergerakan. Tidak perlu menunggu Grab, menawar harga dengan pemandu RedCar dan tuktuk yang kadangkala sangat tidak masuk akal menjadikan ramai pelancong memilih kenderaan bermotor ini.

Dengan kadar sewa semurah 120 bhat (+-RM15) sehari, memang banyak kos dan masa pengangkutan dapat dijimatkan. Namun sejak akhir-akhir ini terlalu banyak kes kemalangan jalan raya di Thailand yang melibatkan rakyat Malaysia.

Sewa Motosikal Thailand
Sumber: Vietnam

Ada kemalangan sehingga menyebabkan kematian pejalan kaki warga Thailand dan perlu membayar pampasan kepada keluarga mangsa sebanyak RM200,000. Ada juga yang maut kerana bertembung dengan kenderaan lain semasa berkonvoi.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh WHO, kadar kematian kemalangan jalan raya pada tahun 2018 dalam tempoh masa tiga hari ialah 200 orang, pada cuti tahun baharu (29 Disember 2018 – 4 Januari 2019) ialah 3,791.

Jika anda lihat pada carta di bawah, statistik kemalangan jalan raya pada 2016 yang melibatkan motosikal ialah 74% dari 24,945 orang.

Polisi Sewa Motosikal Thailand
Sumber: Thaiwebsites.com

Oleh itu, kami senaraikan beberapa perkara yang perlu dan wajib anda tahu sebelum menyewa motosikal di Thailand.

1. Baca polisi sewa motosikal

Kebiasaannya, pihak sewa kenderaan akan menyediakan polisi sewa dalam bahasa Inggeris. Baca dengan teliti supaya anda faham dan tahu apa peraturan dan proses yang perlu anda patuhi.

Kebiasannya, risiko jika berlaku kemalangan adalah ditanggung oleh anda. Di Thailand, jika berlaku kemalangan melibatkan motosikal dan pejalan kaki, yang disalahkan ialah pemandu motosikal (walaupun pejalan kaki bersalah).

2. Bayaran deposit dan kos sewaan sehari

Kadar deposit tertakluk kepada penyewa. Dengan meletakkan salinan pasport sebagai cagaran berserta dengan maklumat diri dan penginapan, anda boleh dapat kembali deposit sekiranya tiada kerosakan yang berlaku pada motosikal.

Pastikan juga ada hitam putih berapa kadar sewaan sehari bagi mengelakkan anda dari ditipu. Simpan satu salinan polisi pada anda supaya memudahkan rujukan di masa akan datang.

Sewa Motosikal Thailand

3. Jenis motosikal

Pastikan motosikal yang anda sewa tersebut mudah untuk anda kendalikan. Sebelum bersetuju, test drive dahulu. Jika selesa teruskan proses sewaan, jika tidak pilih motosikal jenis lain. Bukan apa, jika anda tidak selesa semasa memandu, kecenderungan berlakunya kecelakaan adalah tinggi.

4. Insuran

Jangan kerana sayangkan duit, anda tidak mahu menambah pakej insuran semasa menyewa. Apa salahnya laburkan sedikit wang sebagai persediaan awal, bukannya banyak pun nilainya, sekitar bawah 100 Bhat sahaja. Malang kan tidak berbau?

BACA: Pentingnya Ambil Insuran Apabila Anda Travel

5. Helmet

Jangan kerana lihat ramai orang awam tidak memakai helmet, anda rasakan pemakaian helmet adalah tidak wajib. Kalau pun negara tertentu tidak menjadikan helmet sebagai aksesori wajib semasa memandu, pakailah helmet untuk keselamatan kepala anda.

Sewa Motosikal Thailand
Sumber: Adventure In You

Anda perlu tahu apabila berlakunya kemalangan, terlalu banyak risiko yang perlu anda hadapi. Bukan sekadar melibatkan kerugian wang ringgit, tetapi juga adakalanya terjejas sehingga kepada keselamatan diri seperti dipenjarakan atau maut.

Bukannya tidak boleh sewa motosikal semasa bercuti di Thailand, tetapi ambil langkah berjaga-jaga. Kalau nak selamat, naiklah basikal. Kurang risiko kemalangan, tambah pakej kesihatan sekali tau.

Yang mana tak sihat, semua rakyat Malaysia suka.

7 Makanan Tidak Sihat Namun Jadi Kegemaran Rakyat Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

https://www.facebook.com/watch/?v=608487846241858