Aplikasi Kehadiran Pelajar Datang.my

Pelajar UNITEN Bangunkan Aplikasi Periksa Kehadiran Pelajar, Sudah 300 Sekolah Yang Daftar

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Berita baik kepada semua rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sering menggunakan Keretapi Tanah Melayu (KTM), Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan diskaun sebanyak 20 peratus ke atas semua Komuter KTM bermula 1 April 2019. Ini juga sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan kos sara hidup.

Diskaun 20 KTM
Sumber: Edgeprop

Dilaporkan, kos pengangkutan merupakan faktor ketiga tertinggi yang menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup. Dengan memberi diskaun KTM ini, dapatlah membantu mengurangkan beban pengguna KTM dan dalam masa yang sama meningkatkan bilangan penumpang.

Diskaun 20 peratus diberikan kepada mereka yang menaiki KTM tanpa menggunakan MyKad, kad KTM dan Touch ‘n Go, manakala bagi mereka yang menggunakan salah satu kad tersebut diberikan diskaun sebanyak 40 peratus.

Diskaun ini juga akan menguntungkan pengguna yang sering mengambil lima laluan ini:

Padang Rengas – Butterworth
– Butterworth – Padang Besar
– Pelabuhan Klang – Tanjung Malim
– Seremban – Batu Caves
– Sungai Gadut – Tampin

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, diskaun ini akan diberikan untuk jangka masa setahun dan dasar ini akan dikaji semula setiap tahun. Dalam perkembangan lain, beliau berkata penambahan bas pengantara (feeder bus) dari stesen bas ke stesen Aliran Transit Massa (MRT) masih dalam proses perancangan.

Harap selepas setahun diskaun masih dikekalkan.

Sumber: Astro Awani

 

Selain kerata api Jepun yang padu, makanannya juga menggiurkan. Tonton

7 Makanan Unik Yang Menjadi Pilihan Pelancong Di Jepun

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/2293715204236114/