
Ramai Batal Langganan Punca Keuntungan Astro Merosot
Tambah lagi saingan baharu restoran makanan segera iaitu Jollibee bakal membuka 100 cawangan restoran di seluruh Malaysia. Francais makanan segera popular di Filipina ini dimiliki oleh Jollibee Foods Corporation (JFC) membawa sajian istimewa Chickenjoy ke Malaysia dalam tempoh 10 tahun, termasuk lebih separuh cawangannya di Sabah dan Sarawak.
Jika anda tidak pernah dengar restoran segera Jollibee, mereka mempunyai lebih daripada 1,200 cawangan di seluruh dunia.

Sebelum ini, Jollibee telah membuka cawangan pertamanya di pusat membeli-belah Centre Point Sabah pada Disember tahun lepas. Mereka membuka cawangan di Sabah disebabkan segelintir penduduk di sana merupakan orang Filipina dan cawangan mereka mendapat sambutan yang menggalakkan.
Selain sajian istimewa Chickenjoy, Jollibee juga terkenal dengan Jolly Spaghetti; pasta bersama sos tomato dan daging dihiasi dengan toping keju. Manakala Yumburger iaitu daging burgernya diperbuat daripada 100 peratus daging lembu tulen.
Jangan risau, cawangan Jollibee di Malaysia telah menyesuaikan menu bebas daripada bahan yang diperbuat daripada daging khinzir dan dalam proses mendapatkan sijil halal JAKIM. Jollibee juga telah membuka cawangan di negara-negara Muslim lain seperti Brunei, UAE dan Arab Saudi.
Mengapa mereka baru membuka cawangan di Malaysia sedangkan negara Filipina dekat dengan Malaysia? Sebelum ini, Jollibee pernah membuka cawangan di Malaysia pada tahun 1990-an namun terpaksa ditutup akibat krisis kewangan 1997.
Ketua Pasaran Antarabangsa Jollibee, Dennis Flores berkata, perancangan untuk menambah bilangan cawangan di Malaysia juga merupakan salah satu usaha syarikat tersebut untuk dinobatkan sebagai 5 restoran makanan segera terbaik di dunia. Setakat ini, Jollibee berada pada tangga ke-11 dalam carta.
Ini merupakan maklum balas netizen yang pernah mencuba menu di Jollibee.
JOLLIBEE ππ
First In Malaysia
πCentre Point Sabah4.5/5β
π Spaghetti, sedap dan berkuah. Tak kosong, ada beef. Kalau banyakkan lagi beef tu lagi best π
π Ayam, sedap sangat. Tapi rasanya agak familiar. Sedikit sama dengan xxx. Cuma kulitnya tak se-crunchy itu.
[Thread] pic.twitter.com/zM1kiOJOS7
— πΌπ£ππ― πππ£π πΌ (@a_nezzzz) January 12, 2019
Harap harganya juga berpatutan.
Sumber: Malay Mail
Pergi Bali nak menginap hotel mana? Tonton
7 Penginapan Yang Sering Dikunjungi Di Bali
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/399359767277151/
Trending now



