Walaupun Untuk Suka-Suka, Hukum Guna Aplikasi FaceApp Tetap HARAM 2

Walaupun Untuk Suka-Suka, Hukum Penggunaan Aplikasi Gambar Tukar Jantina FaceApp Tetap DILARANG

Perkhidmatan simpanan bagasi, Stasher mengeluarkan senarai tarikan pelancongan dunia yang terbaik hinggalah paling teruk yang mana tarikan terbaik kebanyakannya dari Eropah. Manakala pelancongan teruk kebanyakannya dari negara Asia terutama di China.

Pengasas bersama Stasher, Jacob Wedderburn-Day menyatakan bahawa destinasi popular yang dibanjiri dengan pusat pelancongan menjadi kurang selamat dan tenang kepada para pelancong.

Kaji selidik ini diambil berdasarkan enam aspek iaitu daripada bilangan ulasan di TripAdvisor, penarafan ulasan di Google, jarak dari lapangan terbang, bilangan purata kesukaan di Instagram, tahap keselamatan negara dan purata penilaian penginapan di kawasan pelancongan.

Kira-kira satu pertiga daripada senarai pelancongan paling teruk terletak di China; termasuk pelancongan terkenal yang disenaraikan dalam Tujuh Keajaiban Dunia, Tembok Besar China.

China pelancongan teruk
Sumber: Trasher

Tambahan, banyak tarikan pelancongan di China terjejas disebabkan kurang penglibatan dalam media sosial Instagram (mungkin kerana platform ini diharamkan di China). Juga penilaian penginapan di China kurang menyebabkan skor pelancongan mereka sangat lemah.

Selain Tembok Besar China, lima lagi kurang tarikan pelancong termasuk tiga taman tema iaitu Everland Korea Selatan, Hong Kong Disneyland dan Ocean Park yang mana menerima penilaian penginapan terendah dan dibawah tinjauan purata dalam pencarian Google.

Senarai terakhir pelancongan teruk di Hollywood Walk of Fame yang mana Stasher memberi markah sifar berdasarkan tinjauan ulasan TripAdvisor dan Google. Ramai pelancong menggambarkan tarikan di situ sebagai kotor, tidak selamat dan sesak.

China pelancongan teruk
Sumber: Curbed LA

Jadi, bagi anda yang tidak sukakan destinasi pelancongan seperti ini, seeoloknya dielakkan demi keselamatan dan kesejahteraan anda.

Sumber: Business Insider

Kreatif sungguh arkitek bangunan ni.

7 Rekaan Hotel Terpelik Di Dunia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/357239874873129/