
Kerajaan Umum Bil Elektrik PERCUMA Selama Tiga Bulan, Beri Manfaat Kepada Empat Juta Pengguna
Pernah tak mengimpikan percutian menikmati keindahan alam sama seperti di dalam filem? Bukan sahaja initipati ceritanya, malah cinematografinya yang kemas menjadikan ia kelihatan lebih menarik membuatkan kita teringin untuk meneroka ke tempat tersebut.
Filem berkaitan pengembaraan dan berlatarbelakangkan keindahan tempat-tempat tersebut menjadi inspirasi kepada para pengembara untuk merasai suasana di situ.
Jika anda belum berpeluang mengembara di serata dunia, boleh menonton filem-filem ini untuk menjadi inspirasi suatu hari nanti. Kami senaraikan beberapa filem menarik untuk anda menonton.
1. Laskar Pelangi (2008)

Merupakan sebuah filem adaptasi dari sebuah novel Indonesia karya Andrea Hirata. Filem ini mengisahkan tentang 10 kanak-kanak di Belitung yang berjuang untuk menghadiri sekolah Muhammadiyah dengan pelbagai cabaran.
Filem ini menyajikan keindahan Pulau Belitung yang amat memukau. Selain menampilkan keindahan pantai dan kotanya, di Pulau Belitung sendiri banyak menyimpan keindahan alam semula jadi seperti Batu Mentas, Batu Belayar, Muzium Kata Andrea Hirata dan banyak lagi.
2. 5 CM (2012)

Filem ini berjaya membuat ramai orang teringin menjadi seorang pendaki. Menceritakan tentang kisah lima sekawan mendaki ke puncak tertinggi di Pulau Jawa iaitu Mahameru untuk meraikan kemerdekaan Indonesia. Kesan filem 5 CM sangat terasa dan mendebarkan yang menunjukkan cabaran sepanjang mendaki Gunung Semeru disamping menyajikan pemandangan yang begitu memukau.
3. Secret Life of Walter Mitty (2013)

Menceritakan Walter, seorang yang introvert, bersikap pelik dan editor foto untuk majalah LIFE. Kehidupannya sangat membosankan tetapi dia memiliki imaginasi yang baik. Sampai suatu ketika apabila tugas dan rakannya terancam, Walter memulakan pengembaraan mencari negatif (kamera) yang hilang dan secara tidak langsung membawanya mengembara ke pelusuk dunia.
4. Into The Wild (2007)

Berdasarkan kisah sebenar, Christopher Johnson McCandless yang tinggal di Alaska selama dua tahun. Dalam filem ini, penonton dibawa melihat liku-liku kehidupan seorang backpacker. Penonton dapat memahami bahawa dalam kehidupan ini tidak selalunya indah dan tidak sepahit seperti yang difikirkan.
Banyak pengajaran dan nilai yang anda dapat jika menonton filem ini.
5. Negeri Dongeng (2017)

Merupakan sebuah filem dokumentari yang mengisahkan tentang perjalanan 7 anak muda yang mendaki 7 gunung tertinggi di Indonesia. Filem ini menggambarkan pelbagai emosi dan cabaran dalam setiap perjalanan. Setiap sudut kisahnya memperlihatkan kekayaan bumi Indonesia yang luas dengan pelbagai keindahan alam semula jadi. Setiap hujung perjalanan, kita akan menemukan erti sebuah perjuangan.
Berharap ada juga yang sudi buat filem tentang gunung-gunung di Malaysia.
6. Tracks (2013)

Mengambil latar masa pada tahun 1977, filem ini menceritakan tentang Robyn Davidson seorang wanita berusia 27 tahun yang memutuskan untuk mengembara dari Alice Springs melintasi padang pasir tandus di Australia sepanjang 2700km dengan bertemankan seekor anjing.
7. The Motorcycle Diaries (2004)

Mengisahkan tentang dua pemuda yang melakukan sebuah perjalanan menggunakan motosikal meneroka Amerika Selatan, yang akhirnya berjaya mengubah persepsi mereka tentang kemanusiaan dan situasi ekonomi dunia yang dianggap tidak adil.
Selamat menonton!
Trending now



