Garuda Indonesia Pelitup Muka

Pramugari Garuda Indonesia Tidak Lagi Dibenar Pakai Pelitup Muka Atas Alasan Pelik Ini

Syarikat Nestle Malaysia menyertakan sokongan kod QR pada beberapa produk mereka sebagai salah satu bentuk promosi ke laman rasmi. Walaubagaimanapun, syarikat itu menerima beberapa aduan menyatakan bahawa kod QR yang tercetak pada label Maggi Hot Cup dan Milo tidak membawa pengguna ke laman sesawang rasmi.

kod QR Milo dan Maggi
Sumber: Nuova International

Sebaliknya membawa ke pautan laman sesawang dengan kandungan tidak selamat. Nestle Malaysia telah membuat laporan polis mengenai isu berkenaan. Syarikat makanan itu berkata percubaan mereka untuk menghubungi pihak ketiga (third party) yang terlibat namun tidak berjaya dan mendorong mereka untuk melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Melalui ujian imbasan kod QR pada produk berkenaan, ia membawa pengguna kepada laman sesawang MadLabs yang kemudiannya membuka kepada beberapa halaman berbeza. Berkemungkinan membawa pengguna mendedahkan maklumat peribadi, muat turun perisian hasad dan sebagainya.

Buat masa ini, pengguna dinasihatkan tidak perlu mengimbas kod QR yang tertera pada produk Maggi Hot Cup dan Milo memandangkan ia membawa kepada laman yang tidak selamat. Pengguna boleh menaip pautan terus ke laman produk berkenaan.

Sumber: The Star, Amanz