Pekerja Pasar Borong Diperlukan

Satu Tapak Niaga Pasar Borong KL Boleh Dijual Sehingga RM1 Juta Kepada Warga Asing

Upacara penyucian di Kuil Kicchukatti Maramma bertukar menjadi tragedi apabila lebih 100 orang tetamu terpaksa dikejarkan ke hospital akibat mengalami muntah-muntah, cirit-birit dan kesukaran bernafas.

Insiden tersebut dikatakan berpunca daripada nasi tomato yang dimakan sebagai satu penawaran khusus untuk upacara tersebut. Pihak berkuasa yang menyiasat perkara tersebut memaklumkan bahawa kemungkinan nasi tersebut mengandungi bahan-bahan yang sudah bercampur dengan toksin.

mati Makan Nasi
Sumber: AFP

Salah seorang tetamu yang hadir bagi mengahdiri upacara tersebut memberitahu tidak lama setelah makan nasi tersebut, mereka mula muntah dan berbuih di mulut. Walaupun nasi tersebut telah berbau busuk, mereka di barisan hadapan tetap sahaja makan nasi tersebut.

Kejadian yang berlaku di India ini telah menyebabkan 11 kematian. Manakala 93 orang yang lain dimasukkan ke hospital dan 29 daripadanya memerlukan bantuan ventilator untuk bernafas. Ketua Menteri Negeri yang kesal dengan perkara terbabit telah menawarkan pampasan sekitar 500,000 rupee kepada setiap keluarga mangsa.

Dalam agama Hindu, makanan memainkan peranan penting dalam upacara ritual dan ibadah. Makanan yang ditawarkan kepada dewa digelar sebagai ‘prasada’ (daripada Bahasa Sanskrit) yang membawa makna belas kasihan.

Kepercayaan makan makanan yang ditawarkan kepada dewa ini merupakan satu displin meditatif bagi meningkatkan lagi kekuatan rohani mereka. Dengan cara tersebut, makanan tersebut bukan sahaja untuk kekuatan rohani dan spiritual tetapi juga menukarkan makanan yang berbentuk materialistik kepada rahmat daripada dewa.

Sumber: The Guardian