Bekas Pengerusi FELDA, Isa Samad Dilepas Dan Dibebaskan Daripada Pertuduhan Pecah Amanah

Isa Samad Dilepas Dan Dibebaskan Daripada Pertuduhan Pecah Amanah, Diarah Untuk Bela Diri

Kejadian bencana alam terutamanya banjir telah mengakibatkan kerugian berjuta ringgit, kemusnahan sumber asli dan alam sekitar. Banjir yang melanda di Kampung Kubang Sawa, Tumpat menyebabkan seorang penanam ubi kayu sanggup menggali tanaman bagi menyelamatkannya daripada tenggelam.

Penanam ubi kayu, Latifa Yusof berulang alik dari rumahnya di Kampung Naga Ibu ke kebun ubi kayu miliknya sejak tiga hari lalu bagi mengeluarkan tanaman supaya tidak rosak. Menurutnya, dia akan menaiki perahu bersama suaminya, Berahim Deraman dengan ditemani beberapa anak mereka yang menaiki perahu lain menuju ke kebun seluas 0.5 hektar itu.

Katanya lagi, kebun hasil tanamannya itu sejauh kira-kira satu kilometer dari rumahnya dan mereka akan mendayung perahu menerusi laluan di sawah padi yang sudah ditenggelami air.

selamatkan ubi kayu
Sumber: Berita Harian

Mereka sekeluarga sanggup meredah hujan lebat untuk menggali ubi kayu bagi mengelakkan lebih banyak kerugian. Setakat ini mereka sudah tiga kali pergi mencabut ubi kayu namun masih banyak juga yang sudah rosak dan menjadi buruk kerana ditenggelami air.

Kemudian, ubi kayu yang dicabut dijual sekitar kampung pada harga RM1 untuk satu kilogram. Bukan sahaja dijual secara mentah, ubi kayu itu juga dibuat tapai dan dijual dengan harga RM2 sebungkus.

Walaupun pendapatannya tidak seberapa, namun Latifah Yusof amat bersyukur kerana sekurang-kurangnya tanaman itu tidak banyak yang rosak.

Meskipun begitu, makanan seperti pelbagai jenis ubi kayu dan jagung merupakan antara makanan popular apabila tiba musim tengkujuh kerana boleh mendapatkannya dengan harga murah dan mendapat permintaan yang tinggi.

Sumber: Harian Metro