Bapa Ikan Kelisa Goreng

Malas Urus, Bapa Goreng Ikan Kelisa Bernilai RM600 Tanpa Pengetahuan Anak

Kerang merupakan salah satu makanan laut yang digemari ramai. Rasanya sangat sedap dimakan walau dimasak dalam pelbagai menu. Sebelum memasak kerang, apa yang perlu dilakukan adalah dengan membersihkan cengkerangnya. Lumpur yang melekat pada kerang menyebabkan cengkerangnya kotor dan berwarna gelap.

Jika sebelum ini, kita hanya membasuh kerang dengan cara gaul, ramas dan bilas berulang kali sehingga kotoran hilang. Sebenarnya, ada cara yang lebih mudah untuk membersihkan kerang.

1. Serai

1248362083
Sumber: Nakita.id

Ambil beberapa batang serai dan ketuk. Kalau nak tumbuk pun boleh juga tetapi jangan sampai hancur. Kemudian, rendamkan kerang dengan serai dalam semangkuk air. Gaulkan dan biarkan dalam lebih kurang 10 – 15 minit sebelum ditoskan.

2. Pelepah pisang

2014-03-28 14.34.07
Sumber: Viorenal-Jawi

Gunakan beberapa pelepah pisang dan gosokkan pada kerang ketika dibasuh. Kerang akan cepat bersih dengan cara ini.

3. Daun ubi/ Daun betik

SAVE_20180404_220216
Sumber: delikkalbar

Ambil beberapa helai daun ubi tidak kira sama ada tua ataupun muda. Kemudian, ramaskan kerang dengan daun ubi. Selain daun ubi, anda juga boleh menggunakan daun betik. Kaedahnya sama sahaja seperti daun ubi.

4. Bawang Putih

bawang-putih_20180220_213352
Sumber: Tribun Jakarta

Mungkin ramai yang tidak tahu, fungsi bawang putih juga boleh digunakan untuk membersihkan kerang. Caranya mudah sahaja, tumbuk beberapa ulas bawang putih dan basuh dengan kerang.

5. Air beras

air-cucian-beras_20171220_092543
Sumber: Sripoku

Lebihan air beras jangan dibuang. Simpan air beras tadi dan basuh kerang dengan menggunakannya. Insya Allah, cengekarang kerang akan cepat bersih.

Mudah sahaja cara membersihkan kerang ini. Bahan-bahan yang digunakan juga senang dapat. Kalau tinggal di kampung, pastinya semua bahan tadi dah sedia ada di sekitar rumah. Jika anda mempunyai cara lain untuk membersihkan kerang, boleh kongsikan bersama kami.
‘Sharing is caring.’