e-sukan belia Malaysia

Golongan Belia Kena Rebut Peluang, Buat Duit Dengan Ceburi Kerjaya E-sukan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Gula kapas atau cotton candy adalah sejenis gula yang berputar. Dihasilkan dengan menggunakan bahan yang majoritinya gula, gula kapas ini dicampurkan dengan sedikit perasa atau pewarna makanan.

Terkenal sebagai pemanis yang tinggi kandungan gula, gula kapas selalu menjadi kegemaran kanak-kanak dan pengambilannya yang kerap menyebabkan mereka mengalami sakit gigi sehingga perlu berjumpa dengan doktor gigi.

Ironinya dalam kes ini, pencipta gula kapas sebenarnya adalah seorang doktor gigi, William Morrison. Selepas tamat pengajian dari University of Tennessee Dental College pada tahun 1890, Willam meneroka minatnya yang langsung bertentangan dengan kesihatan gigi, iaitu gula-gula.

Menjadi Presiden Persatuan Pergigian Tennessee pada tahun 1894, beliau bekerjasama dengan pembuat konfeksi Nashville, John Wharton untuk mencipta satu mesin manual yang boleh mengurangkan tenaga kerja pembuatan gula-gula pada tahun 1897.

Gula Kapas

Memperkenalkan fairy floss pada tahun 1904, mesin tersebut menjadi terkenal sehingga terjual lebih daripada 68,000 unit. Nama cotton candy mula memasuki pasaran pada tahun 1920, tetapi orang Australia masih memanggilnya sebagai fairy floss. Manakala di UK, New Zealand dan negara lain dikenali sebagai candy floss.

Walaupun Morrison dan Wharton banyak dikreditkan sebagai pencipta mesin gula kapas dengan menggunakan kuasa gas, seorang lagi doktor gigi muda mempopularkan nama gula kapas dengan mencipta mesin gula yang sama pada 1921.

Namun yang paling berjaya ialah Gold Medal Product Co. yang menghasilkan mesin gula kapas yang sudah diperkemaskan rekaan pada akhir 1940-an dan masih menjual mesin tersebut sehingga hari ini.

Sumber: Huff Post